Memang kita tidak dapat nafikan duit adalah punca segala nya. Kerana duit macam2 boleh terjadi. Adik-adik, sedara mara, teman-teman dan sahabat handai akan lari jauh2 kalau kita sebut pasal duit. Berkuasa betul duit ni ya!!!!!!!
Tapi aku yakin, dengan kepercayaan yang teguh pada qada dan qadar ALLAH swt, kita akan masih berdiri dan terus kita harungi liku-liku hidup yang penuh dengan onak dan duri.
Kesyukuran dan keyakinan diri lah yang membuat kita layari terus untuk hari2 yang bakal menjelang. Jangan kita kesali nasib yang menimpa diri. Hari-hari yang kita lalui penuh dengan pengajaran dan keinsafan diri agar kita ketahui kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan.
Pelajari kesilapan diri amat dikagumi, walaupun tidak di ketahui umum.
Bukan semua manusia dilahirkan dengan nasib yang serupa. Segala nya telah ditentukan apabila roh ditiupkan kedalam jasad. Kalau kita manusia2 ni boleh merubah nasib kita sendiri, semua orang nak jadi kaya raya. Tak ada masaalah duit langsung. Tak adalah peperangan, tak ada syurga dan tak ada neraka.
Tapi bersabar lah wahai adik ku yang bantot, semuga pada hari-hari yang akan datang akan membawa kebahgian untuk kita semua. Kerana kesabaran itu adalah keimanan.
INSYAALLAH...............................