Sebenarnya aku pun tak begitu pasti bilakah Mother's Day. Semalam pulang dari pasir ris aku terus masuk ke bilik dan bergegas ke tandas. Aku ternampak satu bungkusan diatas katil ku. Ku fikir itu hadiah basri dari jaja, rupa nya bungkusan itu adalah untuk ku.
Terperanjat juga aku. Apa hal nya dia beri aku bungkusan itu. Jaja suruh aku tengok, ada kad dan satu (ting ting) untuk handphone. Aku bertanya adakah hari ini mother's day, jaja pun tak pasti, tapi dia tak mau terlepas kerana tak pasti. Lucu kan.
Aku pun membaca kad yang di tulis khas untuk aku. Begini bunyi nya:-
TO MY WONDERFUL MUM....
ALL THESE YEARS, I WAS BEING A BAD DAUGHTER. BELIEVING IN MYSELF. HOW MUCH HATRED I HAVE IN YOU!
I HAVE LEARNED AND REALISED ALL THESE YEARS I GOT MYSELF THE MOST WONDERFUL MUM IN THE WHOLE WIDE WORLD!
MY SINCERE APOLOGISE MUM. I'LL LEARN AND APPRECIATE YOU MUCH MORE EACH AND EVERYDAY. NO WORDS COULD DESCRIBE HOW WONDERFUL YOU ARE.
DON'T LET ME ASTRAY MUM. BE BY MY SIDE THRU HAPPINESS, HARDSHIP AND EACH OF MY JOYOUS OCCASION.
MOST OF ALL MUMMY "I LOVE YOU"!
WITH MUCH LUV
JAJA
Aku hampir nak menitiskan air mata. Aku tahan kerana ketika itu semua ada di sekeliling ku.
Apa yang ingin aku luahkan adalah kerana aku teringat masa2 lalu, semasa jaja masih dalam usia nak meningkat dewasa. Ketika itu, dia selalu salah faham terhadap niat baik ku terhadap dia. Sifat cemburu nya terhadap bahri membuat aku dan dia tak boleh bertemu muka. Boleh di katakan aku banyak mencurahkan air mata yang tak ada putusnya ketika itu. Aku hampir2 putus asa dan amat kecewa dengan nya.
Tapi syukur alhamdulillah, doa ku akhir nya diperkenankan ALLAH. Akhir nya dia sadar akan kesilapan nya dan mencuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang baik. Aku merasa bahgia kerana kesabaran ku akhir membuahkan sesuatu yang baik dan aku bersyukur kerana aku tidak melepaskan dia begitu saja.
Aku harap, pengalaman yang aku coretkan disini, akan membuat semua berkongsi kebahgian ku dan sama2 kita berdoa semoga
ALLAH memperkenankan apa yang tersirat dihati
IBU2 yang senantiasa inginkan yang terbaik untuk anak2 mereka. Dan
IBU2 semua, jangan lah berputus asa.
ALLAH senantiasa mendengar doa kita. Begitu besar nya pangkat yang
ALLAH swt berikan kepada kaum ibu. Semoga ia nya boleh membawa satu manfaat untuk kita semua.
AMIN.............Labels: yg teranggun........................
Waktu zaman kita dahulu, perkataan gotong-royong memang kerap kita dengar dan benar-benar wujud. Apa bila ada majlis khatan, kenduri, pertunangan, perkahwinan dan berbagai majlis, orang2 kampung akan datang beramai2 dan sama2 membantu untuk melancarkan majlis2 ini. Tak kira tua, muda dan kanak2, sama2 sebok memeriahkan majlis yang akan di adakan. Penat lelah tak menjadi masaalah asalkan mereka bersatu untuk meraikannya. Dengan ada nya gotong-royong ini, kemesraan antara sanak-saudara dan tetangga akan lebih ketara.
Jangan kata kita manusia, makhluk halus seperti bunian pun sama terbabit dalam hal ini. Bila orang2 zaman dahulu, untuk mengadakan majlis kahwin, pinggan-mangkuk harus diutamakan. Kalau tak da, nak makan pakai apa. Takkan daun pisang kot. Jadi untuk membeli mereka tak mampu, mereka meminjam lah dengan orang bunian. Mereka akan pergi ke busut tertentu dan yang berkebolehan untuk berbicara dgn alam ghaib, akan berurus untuk meminjam pinggan mangkuk dari orang2 bunian. Keesokan hari nya, barang2 yang diperlukan akan kelihatan berlonggok atas busut. Bila majlis selesai, mereka harus memulangkannya, dengan syarat tak ada satu pun yang kurang, kalau pecah harus diganti sebaik mungkin, kalau tidak buruk padah nya.
Indah sungguh cara2 orang2 kita dahulu mengadakan majlis. Kanak2 ketawa riang, berlari dan bermain bersama. Masaalah keewangan, jarang dipertikaikan. Kerana, ada sahaja yang datang membantu. Begitu juga apabila majlis selesai, mereka beramai2 akan mengemas dan membersihkan sehingga tak ada yang tertinggal.
Tapi.............
Zaman sekarang keadaan sungguh berubah. Wang adalah segala2nya. Tanpa wang, majlis tak jalan. Tanpa wang, segala kemudahan jadi susah. Jangan makanan, pinggan mangkuk pun harus ada wang. Kalau tak da duit nak beli, sewa, pun duit juga tu. Pendek kata segala2 nya duit. Makanan pun harus di tempah, kalau tak, kaki tangan tak cukup nak mengelolakan majlis. Beza nya seperti langit dan bumi. Tak ramai yang akan datang bertanya apa kah ada yang boleh dibantu. Kerana masing2 ada tugas seharian yang tak ada putus nya. Dari kerja luar mahupun kerja rumah. Tak habis2. Macam mana nak membantu. Daripada celik biji mata, sampailah nak lelap semula, tak habis2 kerja.
Alangkah indah nya kalau kita boleh hidupkan semula semangat gotong royong ini. Sehingga bangsa asing pun cemburu dengan semangat gotong royong orang2 melayu zaman nenek moyang kita dahulu. Mereka kagum dan iri melihat rumpunan bangsa kita yang mampat dan tak mudah untuk dijatuhkan. Walaupun di tiup badai.
(jgn marah ika). HEHEHE...........Rasa2 nya tak akan dapat kita nikmati zaman silam yang telah lama pergi meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Kenangan manis yang tak dapat ku lupakan ketika aku masih kanak2 dahulu. Kalau boleh, aku ingin kembali ke zaman kanak2 ku dan tak ingin aku tua sampai bila2................
hai......................Hari-hari yang aku tempuhi memang lebih kenangan pahit dari yang manis. Aku banyak melamun kebelakangan ini. Aku imbas kembali kenangan silam yang membuat aku lebih dewasa dan matang untuk mengenali liku2 perjalanan seharian ku. Aku tau, sifat cemburu, iri hati, dengki adalah sifat2 yang sudah ada dalam diri kita. Tapi gunakanlah untuk kebaikan bukan keburukan. Terkenang aku di masa nan lalu, aku pernah di tuduh cemburu akan kemesraan dan kebahgiaan hamba allah tu dgn seorang hamba lagi. Katanya aku tak dapat menerima kenyataan ini. Aku terima. Mungkin betul. Mungkin aku tak perasan. Atau mungkin daki di belakang telinga aku, tak dapat aku lihat. Aku sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Tapi itu dulu.Sekarang ni, bila hati terluka, sayang bertukar benci, aku pula dipersalahkan. Aku yang buat tak tau. Aku yang menggalakkan. Subhanallah. Dimanakah keadilan mu ya Allah. Kenapa harus aku yang menerima segala tomahan. Bukan aku tidak menegur. Aku malahan di kata cemburu dan sakit hati. Titis demi titis air mata ku mengalir. Dengan siapa harus aku mengadu. Tak kan ada yang mahu percaya melainkan segelintir yang berada disisi pada waktu dan saat itu. Tapi semua yang hadir waktu itu, tak mahu aku babitkan lagi. Sayangnya, aku tak dapat berkata2 lagi, dunia ku sepi. Lesu dan tak bermaya rasanya badan ku ini untuk bertegang urat dan bertikam lidah. Hanya kau ya Allah, menjadi saksi. Wassalam..... Labels: yg teranggun........................
Aku tak tau kenapa kita tak boleh menikmati rasa kegembiraan untuk masa yang berpanjangan. Hati aku rasa sangat sayu dan hiba. Terlalu banyak persoalan yang tak terhurai. Kalau lah aku ada sayap, ingin rasanya aku terbang jauh.............jauh sekali untuk mencari ketenangan dan bertafakur buat seketika.
Tak boleh ke hidup ini tenang, setenang air di lautan. Tapi sekarang ni, laut pun dah ada tsunami. Haigh.................................!!!!
Adakala aku ingin bertanya, kenapa, mengapa, dan apa tujuan manusia dihidupkan. Kalau setakat untuk berdepan dengan masaalah yang tak ada penghujung nya, untuk apa. Sebaik-baik nya dunia ini tak harus diadakan terus. Tak lah kita asyik nak perperang sesama sendiri. Berperang sesama negeri, perang nak rebut kuasa, perang nak menegakkan benang yang basah, perang kerana jantan-jantan yang tak guna diluar sana tu, macam2 perang lah...............
Kebencian juga tak pernah pupus dari lubuk hati kita2 ni. Bila tengah suka, semua nya indah. Bila tengah benci, semuanya pudar dan malap. Seperti lampu yang dah tak ada cahaya terus. Pusam dan layu seperti bunga yang dah kering dan tinggal untuk dipijak sahaja.......
Mula lah nak mencari segala kesilapan. Mula lah nak memperbesarkan perkara yang remeh-temeh. Mula lah fitnah mefitnah. Mula lah dah tak boleh pandang dua2 biji mata yang sepet dan lolok tu.
TAPI APA PUN YANG BERLAKU PADA AKHIR-AKHIR INI, PADA SESIAPA YANG MEMBENCI DIRI INI, AKU TAK PEDULI WALAU SEKECIL HAMA SEKALIPUN. KALAU SATU BENCI, SEPULUH SAYANG. DARI ITU AKU REDHA DAN AKU TERIMA SEGALA KEBENCIAN YANG TERSIRAT DI HATI SIAPA2 YANG MENGENALI DIRI INI.sayonara................................Labels: yg teranggun........................
This is especially for you.
As promise, I will blog this once in English just for you.
Falling in and out of love is nothing new in our life. It's just a phase of living that we have to go through. Be it old or young, love is always needed to enhance our daily routine and love will never die. Never did I want to interfere in the love life of my children. May it be you or your siblings. But, as a mother, I will always take note of the slightest changes in my children behaviour. Your sadness, your fear, your happiness is always shared in my silent prayer. The slightest changes, I can always feel.
For us ladies, what we need is a guy who is caring and loving. Not a guy who claims themselves romantic. Romantic guys can never have a sincere relationship. What they can produce is empty promises and break your heart. I never, never and ever would want a romantic guy in my life.
But my philosophy can't be shared with others. Its individual.
I use to think status play an important in bringing up my children, marriage and future. But I realised that it was a stupid idea that have been knocking in my head. I've forgotten that my husband himself is uneducated. But we manage to bring up four lovely children till now. Life is so unpredictable. It goes to every human being alive. I use to have visions for my children too. I want all my children to marry someone with good background and strong financial too. But I know, its ridiculous for us to hope for something that has already been created by ALLAH. Nobody can change our fate and the fate that has been predestine by ALLAH. Nothing can beat god creation.
But what I want you to know.........whatever happen, whatever it takes, whatever you decide, i will guide you along and I will always be there for you. You are a beautiful daughter that I have and I will always luv you from the bottom of my heart. I will catch you even cushion if u fall. Your decision is yours only, and the only thing that I can do is be your listening ear for your grieve. And I love all my children deeply from the bottom of my heart.
Remember.....every single tears that you drop.....breaks my heart.................LUV U ALL ...... MUACK!!!!!Labels: anggun always.............
Nari badan rasa penat. Duduk depan PC termenung. Fikiran melayang jauh.Tiba-tiba terpandang si haizul jendol..................Terfikir aku masa-masa yang dah berlalu. Sekarang anak-anak sedara aku ramai yang dah dewasa. Dah besar panjang. Dah pandai nak bermatair...ehem.... Dah berubah daripada muka selekeh-mekeh, sekarang dah lawa-lawa belaka. Tengok lah mak-mak dia kan kan.Begitu cepat masa berlalu. Siapa sangka tup-tup anak pompan aku yang tua tu dah pun nak masuk 19thn bulan jun ni. Cepat ya. Entah-entah 3 atau 4 tahun akan datang aku dah nak timang cucu. EEEEEEEEEEEEEEEEE.....berdiri bulu roma aku. Aku yang masih muda ni nak jadi nenek. Tidak....TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.Terfikir juga aku, masa mereka semua kecil-kecil belaka. Boleh dikatakan semua anak sedara aku tengok aku macam nampak rimau. Tapi tu dulu....... Sekarang mereka-mereka ni dah boleh begurau senda dan berjenaka bersama. Merapatkan silaturrahim. Aku suka pada kejujuran, dan aku berharap, anak-anak aku, mahupun anak-anak sedara aku, berlaku jujur dan amalkan lah sikap berterus-terang. Apapun masaalah kalau kita tak bawa berbincang tak akan dapat kita selesaikan dengan baik. Orang-orang tua seperti kita ni mempunyai akal yang panjang dan lebih berpengelaman. Tak semua masaalah kita kawan boleh selesaikan. Mereka tu masih budak-budak lagi. Kalau kita rasa kita dah buat sesuatu kesalahan. Cepat2 lah minta maaf. Perkara pun tak lah jadi berpanjangan. Sebab aku tau, kita-kita ni memang pemaaf orang nya. ;=)Kadang2, anak2 aku pun sama. Bila ada masaalah yang berat, mereka2 ni akan datang berjumpa aku dan minta pandangan. Untuk anak2 sedara aku yang baca blog aku ni, jgn segan jgn silu kalau ada apa2 yang perlu nasihat, pandangan, pertolongan datang lah ke simei blk 124 ya. Sebab aku suka bila melihat mereka beramai2 bersama2 ketawa ria dan bergurau senda. Jangan lah kita suka buruk sangka, agak mengagak perkara yang belum tentu duduk perkara. Alangkah baik nya kalau kita bermasaalah, kita bersama duduk berbincang dan cuba menghuraikan apa yang terpendam di hati. Jangan kita simpan dendam, sesungguhnya ia akan mendatangkan musibah dari kebaikan.Labels: yang teranggun.......................