Waktu zaman kita dahulu, perkataan gotong-royong memang kerap kita dengar dan benar-benar wujud. Apa bila ada majlis khatan, kenduri, pertunangan, perkahwinan dan berbagai majlis, orang2 kampung akan datang beramai2 dan sama2 membantu untuk melancarkan majlis2 ini. Tak kira tua, muda dan kanak2, sama2 sebok memeriahkan majlis yang akan di adakan. Penat lelah tak menjadi masaalah asalkan mereka bersatu untuk meraikannya. Dengan ada nya gotong-royong ini, kemesraan antara sanak-saudara dan tetangga akan lebih ketara.
Jangan kata kita manusia, makhluk halus seperti bunian pun sama terbabit dalam hal ini. Bila orang2 zaman dahulu, untuk mengadakan majlis kahwin, pinggan-mangkuk harus diutamakan. Kalau tak da, nak makan pakai apa. Takkan daun pisang kot. Jadi untuk membeli mereka tak mampu, mereka meminjam lah dengan orang bunian. Mereka akan pergi ke busut tertentu dan yang berkebolehan untuk berbicara dgn alam ghaib, akan berurus untuk meminjam pinggan mangkuk dari orang2 bunian. Keesokan hari nya, barang2 yang diperlukan akan kelihatan berlonggok atas busut. Bila majlis selesai, mereka harus memulangkannya, dengan syarat tak ada satu pun yang kurang, kalau pecah harus diganti sebaik mungkin, kalau tidak buruk padah nya.
Indah sungguh cara2 orang2 kita dahulu mengadakan majlis. Kanak2 ketawa riang, berlari dan bermain bersama. Masaalah keewangan, jarang dipertikaikan. Kerana, ada sahaja yang datang membantu. Begitu juga apabila majlis selesai, mereka beramai2 akan mengemas dan membersihkan sehingga tak ada yang tertinggal.
Tapi.............
Zaman sekarang keadaan sungguh berubah. Wang adalah segala2nya. Tanpa wang, majlis tak jalan. Tanpa wang, segala kemudahan jadi susah. Jangan makanan, pinggan mangkuk pun harus ada wang. Kalau tak da duit nak beli, sewa, pun duit juga tu. Pendek kata segala2 nya duit. Makanan pun harus di tempah, kalau tak, kaki tangan tak cukup nak mengelolakan majlis. Beza nya seperti langit dan bumi. Tak ramai yang akan datang bertanya apa kah ada yang boleh dibantu. Kerana masing2 ada tugas seharian yang tak ada putus nya. Dari kerja luar mahupun kerja rumah. Tak habis2. Macam mana nak membantu. Daripada celik biji mata, sampailah nak lelap semula, tak habis2 kerja.
Alangkah indah nya kalau kita boleh hidupkan semula semangat gotong royong ini. Sehingga bangsa asing pun cemburu dengan semangat gotong royong orang2 melayu zaman nenek moyang kita dahulu. Mereka kagum dan iri melihat rumpunan bangsa kita yang mampat dan tak mudah untuk dijatuhkan. Walaupun di tiup badai.
(jgn marah ika). HEHEHE...........Rasa2 nya tak akan dapat kita nikmati zaman silam yang telah lama pergi meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Kenangan manis yang tak dapat ku lupakan ketika aku masih kanak2 dahulu. Kalau boleh, aku ingin kembali ke zaman kanak2 ku dan tak ingin aku tua sampai bila2................
hai......................