Aku tak tau kenapa kita tak boleh menikmati rasa kegembiraan untuk masa yang berpanjangan. Hati aku rasa sangat sayu dan hiba. Terlalu banyak persoalan yang tak terhurai. Kalau lah aku ada sayap, ingin rasanya aku terbang jauh.............jauh sekali untuk mencari ketenangan dan bertafakur buat seketika.
Tak boleh ke hidup ini tenang, setenang air di lautan. Tapi sekarang ni, laut pun dah ada tsunami. Haigh.................................!!!!
Adakala aku ingin bertanya, kenapa, mengapa, dan apa tujuan manusia dihidupkan. Kalau setakat untuk berdepan dengan masaalah yang tak ada penghujung nya, untuk apa. Sebaik-baik nya dunia ini tak harus diadakan terus. Tak lah kita asyik nak perperang sesama sendiri. Berperang sesama negeri, perang nak rebut kuasa, perang nak menegakkan benang yang basah, perang kerana jantan-jantan yang tak guna diluar sana tu, macam2 perang lah...............
Kebencian juga tak pernah pupus dari lubuk hati kita2 ni. Bila tengah suka, semua nya indah. Bila tengah benci, semuanya pudar dan malap. Seperti lampu yang dah tak ada cahaya terus. Pusam dan layu seperti bunga yang dah kering dan tinggal untuk dipijak sahaja.......
Mula lah nak mencari segala kesilapan. Mula lah nak memperbesarkan perkara yang remeh-temeh. Mula lah fitnah mefitnah. Mula lah dah tak boleh pandang dua2 biji mata yang sepet dan lolok tu.
TAPI APA PUN YANG BERLAKU PADA AKHIR-AKHIR INI, PADA SESIAPA YANG MEMBENCI DIRI INI, AKU TAK PEDULI WALAU SEKECIL HAMA SEKALIPUN. KALAU SATU BENCI, SEPULUH SAYANG. DARI ITU AKU REDHA DAN AKU TERIMA SEGALA KEBENCIAN YANG TERSIRAT DI HATI SIAPA2 YANG MENGENALI DIRI INI.sayonara................................Labels: yg teranggun........................