Sebenarnya aku pun tak begitu pasti bilakah Mother's Day. Semalam pulang dari pasir ris aku terus masuk ke bilik dan bergegas ke tandas. Aku ternampak satu bungkusan diatas katil ku. Ku fikir itu hadiah basri dari jaja, rupa nya bungkusan itu adalah untuk ku.
Terperanjat juga aku. Apa hal nya dia beri aku bungkusan itu. Jaja suruh aku tengok, ada kad dan satu (ting ting) untuk handphone. Aku bertanya adakah hari ini mother's day, jaja pun tak pasti, tapi dia tak mau terlepas kerana tak pasti. Lucu kan.
Aku pun membaca kad yang di tulis khas untuk aku. Begini bunyi nya:-
TO MY WONDERFUL MUM....
ALL THESE YEARS, I WAS BEING A BAD DAUGHTER. BELIEVING IN MYSELF. HOW MUCH HATRED I HAVE IN YOU!
I HAVE LEARNED AND REALISED ALL THESE YEARS I GOT MYSELF THE MOST WONDERFUL MUM IN THE WHOLE WIDE WORLD!
MY SINCERE APOLOGISE MUM. I'LL LEARN AND APPRECIATE YOU MUCH MORE EACH AND EVERYDAY. NO WORDS COULD DESCRIBE HOW WONDERFUL YOU ARE.
DON'T LET ME ASTRAY MUM. BE BY MY SIDE THRU HAPPINESS, HARDSHIP AND EACH OF MY JOYOUS OCCASION.
MOST OF ALL MUMMY "I LOVE YOU"!
WITH MUCH LUV
JAJA
Aku hampir nak menitiskan air mata. Aku tahan kerana ketika itu semua ada di sekeliling ku.
Apa yang ingin aku luahkan adalah kerana aku teringat masa2 lalu, semasa jaja masih dalam usia nak meningkat dewasa. Ketika itu, dia selalu salah faham terhadap niat baik ku terhadap dia. Sifat cemburu nya terhadap bahri membuat aku dan dia tak boleh bertemu muka. Boleh di katakan aku banyak mencurahkan air mata yang tak ada putusnya ketika itu. Aku hampir2 putus asa dan amat kecewa dengan nya.
Tapi syukur alhamdulillah, doa ku akhir nya diperkenankan ALLAH. Akhir nya dia sadar akan kesilapan nya dan mencuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang baik. Aku merasa bahgia kerana kesabaran ku akhir membuahkan sesuatu yang baik dan aku bersyukur kerana aku tidak melepaskan dia begitu saja.
Aku harap, pengalaman yang aku coretkan disini, akan membuat semua berkongsi kebahgian ku dan sama2 kita berdoa semoga
ALLAH memperkenankan apa yang tersirat dihati
IBU2 yang senantiasa inginkan yang terbaik untuk anak2 mereka. Dan
IBU2 semua, jangan lah berputus asa.
ALLAH senantiasa mendengar doa kita. Begitu besar nya pangkat yang
ALLAH swt berikan kepada kaum ibu. Semoga ia nya boleh membawa satu manfaat untuk kita semua.
AMIN.............Labels: yg teranggun........................