MINGGU LALU
Tuesday, May 29, 2007
Banyak perkara yang ingin aku luahkan, tapi lidah kelu untuk berkata2. Tak perlu untuk muntahkan segalanya disini. Cuma aku ingin mengingati kejadian lucu bersama haizul tempoh hari di pantai changi. Maklumlah, dia tak pernah naik bus dua tingkat mungkin. Kami berangkat jam 4ptg. Aku ajak dia naik tingkat atas kerana dibawah penuh orang. Sampai saja di atas dia terjerit
...."gerek seh makngah. Wow besh ah......." dengan sempal dia bercakap. Tiba disana sesudah mandi dan makan, ary, nabil, hakim main bola. Dia pun sebok juga. Tergolek2 dia berebut bola dgn abang2 tu semua. Dah lah dia kecil. Lupa nak ambil video, kalau tak pasti terbahak2 ketawa dengan gelagat si haizul sempal. Suruh tidur dalam bas, seboleh2 tak nak sebab takut kena tinggal. Lucu betul aku tengokkan dia tersenggut2 menahan ngantok.
Tapi tak pa lah, tengok budak2 tu gembira, aku pun tumpang gembira juga.
Nabil tak pulang kerumah, tidur semalam dirumah aku. Mereka semua paksa aku tengok cerita
"PUAKA DITEBING BIRU" malam tu setelah pulang dari pantai changi. Mcm2 alasan aku beri supaya tengok besok saja sebab aku takut nak tengok malam hari. Mereka pujuk aku juga, akhirnya aku mengalah. Selepas mandi aku keluar, nak tengok cerita tu lah, sekali baring2 tertidur, penat sangat badan ni. Terpaksa mereka mengalah....kah.kah.kah.
Esok nya, seperti yang aku janjikan, aku pun dgn budak2 tu semua tonton lah cerita seram tu....
Memang bagus sungguh cerita tu, sedih sangat dan gerun sangat. Sepuluh kali bagus dari certia
jgn pandang belakang yang merapek tu. Aku tabik dengan lakonan umi aida. This story is a must to see.
Dah ngantok lah....Selamat Malam.....Labels: yang teranggun.......................
10:31 PM
HANGAT
Sunday, May 20, 2007
Cerita yang nak aku tuliskan ini berkisar pada kita, para ibu dan anak2. Dah lama aku tak dapat baca akhbar harian yang ifa tompokan berlambak2. Aku baru habis membaca mengenai seorang jejaka 17thn yang menumbuk drebar bas. Chchchch...kesian.......
Biar aku mulakan.
1st quote: "Parents are responsible to cultivate healthy values in their children, but it is the child who makes his or her own decision on what action to take."
Comment: Memang benar kata2 yg tertera di akhbar ini. Dan inilah yang berulang kali aku cuba menerangkan pada anak2 aku mahupun anak saudara ku semua. Supaya memahami apa sebenarnya tugas kita ini sebagai ibubapa. Cuba fikir dan terapkan di benak fikiran masing2.
2nd quote:
While the boy is 17yr old is still considered a boy by his parents, the law sees him as an adult. Parents do not realise that once a youth turns 16, he can be charged as an adult and go to prison if he commits a crime. If a parent always apologises on behalf of their child, then the child would not learn from his mistake.
Comment: Benar. Aku sokong 100%. Aku masih ingat ketika ary dihadapkan di mahkamah. Sesudah berdepan dengan hakim, aku disuruh keluar menanti keputusan mahkamah. Aku diberitahu apa akan berlaku sekiranya ary dibicarakan setelah dia berusia 17thn. Dari boys home dia akan terus ke penjara. Aku rasa saat itu aku seolah-olah di sambar halilintar. Aku tersentak dan terduduk dan dalam hati aku bicara "Ya Allah, kenapa ini harus terjadi. Di mana kesilapan ku. Tak cukup ke kasih sayang dan perhatian yang aku berikan untuk anak2 aku sehingga aku dihukum begini. Aku tak dapat bayangkan sekiranya anak aku masuk penjara kerana kesalahan yang sangat bodoh ini. Kalau boleh aku ingin berjumpa dengan hakim itu semula dan melutut supaya anak aku dimaafkan dan aku berjanji dia tak akan buat lagi."
3rd quote : Then I started getting annoyed when I read that the boy called his father crying when he realised the police had been called. When the bus driver drove into the terminal, the father was there waiting and knelt in front of the bus driver to seek his forgiveness for his son.
Comment : Berulang kali kita berpesan pada anak2, "berfikir dan gunakan akal sebelum kita melakukan sesuatu. Tanya pada diri sendiri, setelah bertahun2 aku dididik oleh ibubapa ku, patut ke atau tidak aku lakukan ini. Tanya pada hati dan berfikir dengan akal. Jangan fikir dengan nafsu, kita akan menjadi lesu dengan kesilapan yang tak boleh di tarik balik. Bila kesalahan sudah berlaku, yang pertama sekali kita cari
MAK BAPAK kita, bukan kawan, bukan kekasih, bukan siapa2. Dengan penuh harapan kita berharap
MAK BAPAK kita hadir ketika kita dalam kesusahan. Tetapi bila kita berseronok, kita buang
MAK BAPAK jauh2. Kita membelakangkan mereka. Kita fikir kita lah raja, kita lah yang paling hebat, kita lah yang paling berani. Sebab apa...sebab belum terkena.
4th quote: If the boy felt "man enough" to "defend' his girlfriend and beat up someone over it, why wasn't he "man enough" to face the consequences of what he had done.
Comment: Memang betul kata2 ini. Kalau dah berani sangat kerana kekasih, kenapa menangis bila kena panggil polis. Ini lah yang banyak berlaku pada remaja2 sekarang. Hebat untuk menunjuk2 pada kekasih, hebat untuk menunjuk2 pada kawan2. Sebenarnya usia sebegini masih terlalu muda untuk berkasih dan bertanggung jawap untuk orang lain. Makan dan pakai kita masih
MAK BAPAK yang tanggong.
5ty quote: Condemn his actions. Just don't condemn him. Not at 17. Everyone deserves a second chance. Even student from good schools.
Comment: Maksud nya, bagaimana jahat, bagaimana busuk, bagaimana kecewa nya kita sebagai orang tua, hati dan naluri kita akan tetap memaafkan mereka kerana kasih dan sayang yang tebal dalam jiwa kita. Kita sebagai ibu, akan tetap berdiri teguh dan masih mengharapkan perubahan pada anak2 yang telah mengecewakan kita sebelum nya. Kerana itu, aku tak pernah putus asa dan biarkan ary terus hanyut. Aku tidak mahu bila aku sudah menutup mata, anak2 aku akan terbiar tanpa bimbingan dari aku ibu nya. Bayangkan kalau aku ikutkan hati yang marah dan aku biarkan ary terus hanyut.......Aku rasa aku tak akan dapat memaafkan diri aku untuk selama2nya. Mungkin dengan kesabaran ini, akan membuahkan hasil yang amat manis untuk aku kecapi di hari2 yang mendatang.
Mungkin aku tak dapat luahkan isi hati aku untuk semua, untuk anak2 aku mahupun semua anak2 saudara ku secara berdepan.
TAPI INGIN AKU LAUNGKAN PADA SEMUA, SAYANGI LAH KEDUA IBUBAPA KAMU, TURUT LAH KATA MEREKA, KERANA TANPA MEREKA SIAPA LAH KAMU. DAN KAMU TAK AKAN DAPAT BERDIRI DENGAN TEGUH TANPA SOKONGAN DARI MEREKA.
wassalam..........
Labels: yang teranggun.......................
3:10 PM
MOTHER'S DAY
Sunday, May 13, 2007
Hari ini adalah hari ibu. Anak aku ary bersuara mengajak aku kepantai changi untuk santai dan tenangkan fikiran. Aku setuju kerana aku rasa aku sangat2 memerlukan masa untuk sedikit ketenangan. Hari ini hujan turun tak begitu lebat. Memang itu doa ku agar sejuk nanti di changi. Jangka nya aku keluar jam 4ptg. Tapi kerana jaja memerlukan aku untuk temankan nya ke doktor, kami keluar lewat sedikit. Tiba di changi jam 6ptg, terus aku belikan nasi lemak untuk aku, ary, ifa dan arsyi. Tak lupa juga air nenas dan kelapa...ha ha...... Kami pergi empat beranak sebab jaja tak sehat, terpaksa duduk rumah.
Tiba nya kami dipantai, suasana nyaman dan tenang. Sungguh indah pemandangan dengan hembusan bayu membuat aku hayal duduk ditepi pantai. Sehingga tak terasa hari semakin gelap. Ary mainkan lagu2 kegemaran ku dari telefon bimbit nya. Arsyi bersama ifa main pasir dan skateboard yang baru dibeli semlm. Sesudah itu kami main card yang ary bawa bersama. Arsry sibuk menyuruh ary mengambil gambar dia disana.
Aku tersenyum melihat gelagat mereka. Kalau lah jaja ada bersama, pasti bertambah kecoh. Tak sangka aku, rupanya dalam diam ary memahami perasaan aku ketika ini. Dia buat begini untuk menghiburkan hati aku. Dia mmg semakin dewasa dan lebih banyak memahami tentang diri aku. Aku rasa bersyukur kerana anak2 aku semakin memahami aku dan ingin membuat hati aku gembira. Aku merasa bahagia tadi di pantai changi. Sehingga aku tak mengerti bila ary berkata "ma, dah pukul 9mlm." Aku cakap.."so what". "Ma u forgot its 9pm." kata ary. Aku baru teringat "OH MY GOD". Dia harus ada di rumah dari jam 9mlm. Aku terus mengajak mereka pulang. LOLS. Dah nyanyuk ke.... terlalu gembira. Sampaikan ifa yang grumpy tu pun banyak ketawa tadi. It's really a nice feeling that I have just now.
Dalam perjalanan pulang aku berkata pada ary "we should do this more often." Dengan pantas dia setuju. Katanya lagi dua minggu kita akan mampir ke sini lagi. Insyaallah kata ku.
Ucapan terima kasih aku ucapkan untuk anak2 aku semua yang memahami dan peka dengan perasaan aku ibu nya. Salam teramat sayang untuk semua anak2 ku................
Labels: yang teranggun.......................
11:11 PM
TUGAS SEORANG IBU
Saturday, May 12, 2007
Tajuk yang ingin aku katakan disini adalah sempena hari ibu dan aku tujukan khas untuk anak2 aku, anak2 saudara ku dan anak2 zaman sekarang.
Pangkat ibu adalah pangkat yang di berikan oleh ALLAH swt. Tugas ibu ialah untuk melahirkan, medidik dan menunjukkan jalan yang lurus dan benar pada anak2. Setelah kita kandongkan 9bulan 10hari, kita lahirkan, kita besarkan, kita kasi makan, pakai, hantar ke sekolah, belajar sampai ke tahap yang termampu kita berikan adalah semata2 kerana melaksanakan amanah nya ALLAH swt. Kita diamanahkan untuk membentuk dan mewarnakan kain yang putih yang datang nya dari dia. Tidak sekali-kali kita sang ibu mengharapkan balasan berupa wang ringgit atau pun hadiah yang termahal dari anak2 untuk kita.
Apa yang kita inginkan, setelah kita belai, kita dodoikan, dan tatang seperti minyak yang penuh hanya kebahgiaan, kesejahteraan, dan kesenangan anak2 kita apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini. Kita sang ibu, akan merasa teramat bangga sekiranya anak2 yang kita lahirkan dari rahim kita ini menjadi seorang anak yang penuh hormat, beradab dan soleh. Sebagai seorang islam, kita senantiasa dididik cukup untuk menjadi seorang insan.
Tetapi, niat baik kita selalu di salah mengertikan. Kita di tuduh kolot, tak faham, suka membebel dan mcm2 lagi tomahan. Sayang nya, anak2 selalu lupa bahawa sa nya kita sang ibu tidak mahu melihat anak2 kita hancur dan lebur ke lembah neraka dengan menjadi seorang yang derhaka, terlalu mengikut pengaruh barat sehingga kita lupa pada agama, adat dan budaya ketimuran yang halus dengan tata susila kita sebagai orang melayu yg beragama islam. Anak2 zaman sekarang terlalu mengagongkan dunia barat dan mengikut cara2 mereka yang tak ubat seperti binat...............
Pakai baju tak cukup kain, tak puas tunjuk atas sekarang nak tunjuk yang bawah, lama2 terus telanjang. Binat aja yang tak pakai baju. Binat aja yang bercumbu dan bersatu ditempat terbuka. Ini lah yang anak2 ingin tiru dan banggakan. Cara2 hidup orang barat.
Ini lah dia tugas sang ibu, harus dan terus tanpa jemu menunjukkan anak2 kejalan yang benar dan lurus. Mereka lupa, mereka juga akan menjadi seorang ibu satu hari nanti. Insyaallah. Sama2 kita lihat apakah mereka akan tersenyum dan ketawa dan bertepok tangan apabila anak2 mereka sendiri akan membuat apa yang mereka lakukan.
Hanya satu yang aku pinta, hargai lah kita sebagai seorang ibu yang senantiasa tidak akan putus berdoa yang terbaik untuk kamu semua yang amat kita kasihi. Balas lah jasa kami, bukan dengan wang ringgit, tapi dengan menjadi seorang anak yang sangat2 kita dambakan. Anak yang soleh. Amin.
Labels: yang teranggun.......................
11:21 PM
DUNIA PUNYA DALAM
Monday, May 7, 2007
Kita biasa dengar hadis2 mengatakan buat baik balasan nya baik, buat jahat balasan nya jahat. Tapi frasa ini menjadi satu tanda tanya buat diri ku. Sebab selalu nya, apabila perbuatan baik yang kita lakukan, kebaikan kita akan di kenang pada waktu itu dan saat itu sahaja. Tapi jangan satu kesilapan yang kita lakukan, baik kita akan dicampak jauh, sejauh saujana mata memandang.
Dipijak, dihenyak, dibuang, di tendang.............gol !!!!!!!
Dua belah mata pun tak boleh pandang. Sebut nama pun dah tak boleh lagi dah.
Dari kawan jadi musuh, dari sahabat jadi pijat, bau taik ayam lagi wangi.
Segala kebaikan, pengorbanan, wang ringgit, masa semua nya dah dilupakan. Seolah-olah kita ni dah tak wujud dalam hidup mereka-mereka tu.
Sedih betul kalau nak kita fikirkan. Ini lah dia peribahasa melayu kita "buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali." Aku sokong betul dengan peribahasa ini. Memang benar dan tepat kata2 ini.
Bila agaknya dunia ni akan berakhir. Senang sikit. Tak banyak lagi masaalah dengan manusia2 melainkan ALLAH.
Labels: yg teranggun...............
3:52 PM