Kita biasa dengar hadis2 mengatakan buat baik balasan nya baik, buat jahat balasan nya jahat. Tapi frasa ini menjadi satu tanda tanya buat diri ku. Sebab selalu nya, apabila perbuatan baik yang kita lakukan, kebaikan kita akan di kenang pada waktu itu dan saat itu sahaja. Tapi jangan satu kesilapan yang kita lakukan, baik kita akan dicampak jauh, sejauh saujana mata memandang.
Dipijak, dihenyak, dibuang, di tendang.............gol !!!!!!!
Dua belah mata pun tak boleh pandang. Sebut nama pun dah tak boleh lagi dah.
Dari kawan jadi musuh, dari sahabat jadi pijat, bau taik ayam lagi wangi.
Segala kebaikan, pengorbanan, wang ringgit, masa semua nya dah dilupakan. Seolah-olah kita ni dah tak wujud dalam hidup mereka-mereka tu.
Sedih betul kalau nak kita fikirkan. Ini lah dia peribahasa melayu kita "buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali." Aku sokong betul dengan peribahasa ini. Memang benar dan tepat kata2 ini.
Bila agaknya dunia ni akan berakhir. Senang sikit. Tak banyak lagi masaalah dengan manusia2 melainkan ALLAH.
Labels: yg teranggun...............