Banyak perkara yang ingin aku luahkan, tapi lidah kelu untuk berkata2. Tak perlu untuk muntahkan segalanya disini. Cuma aku ingin mengingati kejadian lucu bersama haizul tempoh hari di pantai changi. Maklumlah, dia tak pernah naik bus dua tingkat mungkin. Kami berangkat jam 4ptg. Aku ajak dia naik tingkat atas kerana dibawah penuh orang. Sampai saja di atas dia terjerit
...."gerek seh makngah. Wow besh ah......." dengan sempal dia bercakap. Tiba disana sesudah mandi dan makan, ary, nabil, hakim main bola. Dia pun sebok juga. Tergolek2 dia berebut bola dgn abang2 tu semua. Dah lah dia kecil. Lupa nak ambil video, kalau tak pasti terbahak2 ketawa dengan gelagat si haizul sempal. Suruh tidur dalam bas, seboleh2 tak nak sebab takut kena tinggal. Lucu betul aku tengokkan dia tersenggut2 menahan ngantok.
Tapi tak pa lah, tengok budak2 tu gembira, aku pun tumpang gembira juga.
Nabil tak pulang kerumah, tidur semalam dirumah aku. Mereka semua paksa aku tengok cerita
"PUAKA DITEBING BIRU" malam tu setelah pulang dari pantai changi. Mcm2 alasan aku beri supaya tengok besok saja sebab aku takut nak tengok malam hari. Mereka pujuk aku juga, akhirnya aku mengalah. Selepas mandi aku keluar, nak tengok cerita tu lah, sekali baring2 tertidur, penat sangat badan ni. Terpaksa mereka mengalah....kah.kah.kah.
Esok nya, seperti yang aku janjikan, aku pun dgn budak2 tu semua tonton lah cerita seram tu....
Memang bagus sungguh cerita tu, sedih sangat dan gerun sangat. Sepuluh kali bagus dari certia
jgn pandang belakang yang merapek tu. Aku tabik dengan lakonan umi aida. This story is a must to see.
Dah ngantok lah....Selamat Malam.....Labels: yang teranggun.......................