Hari ini adalah hari ibu. Anak aku ary bersuara mengajak aku kepantai changi untuk santai dan tenangkan fikiran. Aku setuju kerana aku rasa aku sangat2 memerlukan masa untuk sedikit ketenangan. Hari ini hujan turun tak begitu lebat. Memang itu doa ku agar sejuk nanti di changi. Jangka nya aku keluar jam 4ptg. Tapi kerana jaja memerlukan aku untuk temankan nya ke doktor, kami keluar lewat sedikit. Tiba di changi jam 6ptg, terus aku belikan nasi lemak untuk aku, ary, ifa dan arsyi. Tak lupa juga air nenas dan kelapa...ha ha...... Kami pergi empat beranak sebab jaja tak sehat, terpaksa duduk rumah.
Tiba nya kami dipantai, suasana nyaman dan tenang. Sungguh indah pemandangan dengan hembusan bayu membuat aku hayal duduk ditepi pantai. Sehingga tak terasa hari semakin gelap. Ary mainkan lagu2 kegemaran ku dari telefon bimbit nya. Arsyi bersama ifa main pasir dan skateboard yang baru dibeli semlm. Sesudah itu kami main card yang ary bawa bersama. Arsry sibuk menyuruh ary mengambil gambar dia disana.
Aku tersenyum melihat gelagat mereka. Kalau lah jaja ada bersama, pasti bertambah kecoh. Tak sangka aku, rupanya dalam diam ary memahami perasaan aku ketika ini. Dia buat begini untuk menghiburkan hati aku. Dia mmg semakin dewasa dan lebih banyak memahami tentang diri aku. Aku rasa bersyukur kerana anak2 aku semakin memahami aku dan ingin membuat hati aku gembira. Aku merasa bahagia tadi di pantai changi. Sehingga aku tak mengerti bila ary berkata "ma, dah pukul 9mlm." Aku cakap.."so what". "Ma u forgot its 9pm." kata ary. Aku baru teringat "OH MY GOD". Dia harus ada di rumah dari jam 9mlm. Aku terus mengajak mereka pulang. LOLS. Dah nyanyuk ke.... terlalu gembira. Sampaikan ifa yang grumpy tu pun banyak ketawa tadi. It's really a nice feeling that I have just now.
Dalam perjalanan pulang aku berkata pada ary "we should do this more often." Dengan pantas dia setuju. Katanya lagi dua minggu kita akan mampir ke sini lagi. Insyaallah kata ku.
Ucapan terima kasih aku ucapkan untuk anak2 aku semua yang memahami dan peka dengan perasaan aku ibu nya. Salam teramat sayang untuk semua anak2 ku................
Labels: yang teranggun.......................