<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8042559995429824847?origin\x3dhttp://bakawali-cempakaputih.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

HARI PERTAMA
Wednesday, June 27, 2007
24th june 2007, adala hari pertama arry bekerja di Raffles Medical. Pada hari sebelum nya kita pergi pancing. Aku takut kalau arry tak boleh bangun. Dia harus bangun jam 6pagi. Nabil terdengar aku mengomel dengan arry, dia pun berjanji dia akan tidur semalaman dirumah ku dan akan bangun awal untuk mengejutkan arry. Aku iakan aja. Aku fikir dia hanya bergurau. Aku bangun terlewat, aku berlari keluar, aku lihat dapur terang benderang, Nabil lagi basuh pinggan, dan tersenyum melihat aku. Hati aku berkata agak gila si nabil ni.



Esok nya lagi, arry harus ke sekolah, dan harus bangun pagi. Nabil sekali lagi jadi jam loceng arry. Sudah berkali2 rupanya Nabil membasuh pinggan mangkuk di rumah ku tanpa pengetahuan ku. Apabila ku lihat pagi tu cara dia menyusun pinggan baru ku tau rupa nya ini ada lah kerja dia.



Apa yang ingin aku katakan disini, aku merasa kagum dengan perubahan Nabil. Dari seorang yang nakal, suka ponteng sekolah, slalu kena rotan, dia telah menjadi lebih matang. Sangat prihatin terhadap pelajaran dia, dan juga slalu mengingatkan arry. Dan dia mempunyai impian yang tinggi yang dia luahkan pada aku.

Siapa kata manusia tak boleh berubah. Aku bersyukur dan gembira dengan perubahan Nabil. Dan besar harapan aku agar arry pun akan lebih matang dan lebih banyak menghabiskan masa dengan pelajaran dari guitar dia tu. Risau hati ni.....hmmmmmm.........
6:09 PM
Fishing Trip
Sunday, June 24, 2007
Dah lama tak pergi pancing dgn anak2. Jadi semalam Mohd ajak kami pergi, kebetulan Yat pun kol ajak gi pancing sebab dia tak berkerja semalam dan nari. Aku setuju. Yat suruh masak nasi lemak. Sebab dia kata air atas dia. Aku setuju. Sampai sana jam 5.30ptg. Setengah jam baru Cik Li and the gang sampai. Ary, Nabil dan Hakim sampai lewat, jam lapan lebih. Biasa lah tu. Very Vain People.

Yat tanya aku tak bawa birthday cake untuk dia, semasa dia kol. Aku cakap tak lah. Tapi dalam diam2 aku pakat dgn jaja suruh belikan satu cake untuk yat. Dia dgn Cik Li dia pun berpakat nak kasi Yat surprise, tapi macam biasa, dua2 belo tu sms masing2 sampai Yat terbaca. EEEEE.... bebal nya.

Akhir nya lagi lima minit jam 12mlm jaja pun sampai. Kita pun nyanyikan lah Yat lagu hari lahir supaya dia cepat tua. hehehehe....

Untuk memberi Yat sesuatu yang berharga, kita tak mampu, hanya ini ja lah yang dapat aku lakukan untuk dia. Maklum lah kita ni tak berwang...eh tak berduit. Tak dapat lah belanja ke restoran yang mahal2 kan kan kan.....

Nana betul2 buat aku terkejut. Makan nasi lemak satu packet tak cukup. Lepas tu kongsi dengan Basri pun tak cukup. Jaja sampai minta kongsi lagi.....OMG. Tak samai hati, aku janji lain kali aku masakkan untuk dia byk sampai muak. Dia kesukaan. Hmmmm budak lah katakan.

Tapi yang paling stressss sangat2 semalam, satu ekok ikan pun tak mai tau tak. Entah siapa lah yang tak mandi berseh. Wallahhualam..................

Pulang rumah jam 1.30pagi. Ngantuk tau.....

Labels:

3:18 PM
bodyshop
Friday, June 15, 2007
Pergi bodyshop semalam dgn si ateng. Beli tempat untuk wangikan bilik. Namanya haram aku tak tau. :) Aku cari bau limau. Rupanya sama dengan yg hajar belikan. Bodoh sangat. Dah tu tempat untuk tarok air, konon cantik tapi cetek sangat untuk di tarokkan air. Bodoh lagi. Stress ahhhhhh. Nasib bau nya sedap, kalau tak, lagi stress....................

Labels:

3:41 PM
Makam Radin Mas
Wednesday, June 13, 2007
Semalam aku ke makam radin mas. Aku suka sekali tempat Puteri Radin Mas bersemadi. Bila di sana, segala keresahan, kemurungan, dan kesedihan seperti hilang dalam dakapan makam itu. Aku seperti didalam dunia yang berlainan. Sejuk nya tempat itu menyejukkan hati aku. Kalaulah dekat makam itu dengan tempat kediaman ku, pasti aku akan sering berkunjung tanpa jemu. Waktu berjalan begitu pantas bila disana. Rasanya tak ingin pulang. Kalau tak kerana arry harus pulang sebelum jam 9, pasti aku akan duduk lagi sampai lewat malam. Itupun kami lewat pulang kerana menunggu kenderaan yang tak sampai2. Nabil yang gila tu pun kesukaan di sana. Macam anak kecil. Asyi tak habis2 bermain dengan kucing peliharaan abg zainal, penjaga makam itu. Walaupun tak ada elektrik, rasa takut sedikit pun tak terasa. Rasa seperti duduk dirumah kampong waktu zaman aku kanak2 dahulu. Hai.....baru semalam aku disana, sudah terasa rindu di hati.

PUTERI RADIN MAS............................

semoga kita akan bertemu lagi.

Labels:

4:30 PM
Andai Ku Tahu
Wednesday, June 6, 2007
Ini adalah judul lagu kumpulan ungu.

Besar erti makna lagu ini.

Terfikir aku, kalau aku tahu bila hari mati ku,

Apa akan terjadi,

Sesudah aku pergi,

Akan kesal atau sedih kah orang2 yang selalu bersama ku. Akan menyesal kah mereka2 yang marah pada ku. Akan mereka kenang kah akan baik dan buruk ku. Atau perasaan itu di tanam terus bersama jasad ku. Akan mereka simpan kah kenangan manis bersama ku. Kalau aku diberi peluang untuk hidup semula......

Akan ku ubah segalanya. Akan ku jauhi mereka2 yang membawa banyak kenangan pahit. Akan ku tutup sejarah pahit. Aku ku pergi jauh dari mereka2 semua. Ingin aku hidup sendirian tanpa mereka2. Akan ku abadikan diri ini bersama mu.........yang menjadikan aku.

Andai ku tahu.

Aku terima email dari teman ku dari Canada. Ingin aku kongsi bersama. Begini bunyi nya..............

Yesterday is history.
Tomorrow a mystery.
Today is a gift.
That's why it's called the present!
Live and savor every moment...

Labels:

3:12 PM
profile here
ASNI TAN (ASNI AHMAD)
12.02.1962
46YRS OLD (still young)
don't worry I won't stalk you
SNOBB, HYPORCRITES, SELFISH
I love:
MY CHILDREN, SUNSET, BEACHES, DOLPHINS, HORSES, CATS
  • MAK DAYANG ZAI terencat
  • DANG ANOM AM
  • AZIEputerikenet
  • IRAputeriENYA
  • ARYYputeraMAHAputera
  • JAJAputeripucukkelompang
  • IFAputerisemalu
  • SUsucyom
  • ROSE THAM
  • NABILnabelo
    March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 October 2009
    picture foto-decadent
    brushes xx
    texture x
    skin slayerette
    image font violation
    Your View

    Thank You

    Babe - Styx