Dah lama tak pergi pancing dgn anak2. Jadi semalam Mohd ajak kami pergi, kebetulan Yat pun kol ajak gi pancing sebab dia tak berkerja semalam dan nari. Aku setuju. Yat suruh masak nasi lemak. Sebab dia kata air atas dia. Aku setuju. Sampai sana jam 5.30ptg. Setengah jam baru Cik Li and the gang sampai. Ary, Nabil dan Hakim sampai lewat, jam lapan lebih. Biasa lah tu. Very Vain People.
Yat tanya aku tak bawa birthday cake untuk dia, semasa dia kol. Aku cakap tak lah. Tapi dalam diam2 aku pakat dgn jaja suruh belikan satu cake untuk yat. Dia dgn Cik Li dia pun berpakat nak kasi Yat surprise, tapi macam biasa, dua2 belo tu sms masing2 sampai Yat terbaca.
EEEEE.... bebal nya. Akhir nya lagi lima minit jam 12mlm jaja pun sampai. Kita pun nyanyikan lah Yat lagu hari lahir supaya dia cepat tua. hehehehe....
Untuk memberi Yat sesuatu yang berharga, kita tak mampu, hanya ini ja lah yang dapat aku lakukan untuk dia. Maklum lah kita ni tak berwang...eh tak berduit. Tak dapat lah belanja ke restoran yang mahal2 kan kan kan.....
Nana betul2 buat aku terkejut. Makan nasi lemak satu packet tak cukup. Lepas tu kongsi dengan Basri pun tak cukup. Jaja sampai minta kongsi lagi.....OMG. Tak samai hati, aku janji lain kali aku masakkan untuk dia byk sampai muak. Dia kesukaan. Hmmmm budak lah katakan.
Tapi yang paling stressss sangat2 semalam, satu ekok ikan pun tak mai tau tak. Entah siapa lah yang tak mandi berseh. Wallahhualam..................
Pulang rumah jam 1.30pagi. Ngantuk tau.....
Labels: anggun always.............