Semalam aku ke makam radin mas. Aku suka sekali tempat Puteri Radin Mas bersemadi. Bila di sana, segala keresahan, kemurungan, dan kesedihan seperti hilang dalam dakapan makam itu. Aku seperti didalam dunia yang berlainan. Sejuk nya tempat itu menyejukkan hati aku. Kalaulah dekat makam itu dengan tempat kediaman ku, pasti aku akan sering berkunjung tanpa jemu. Waktu berjalan begitu pantas bila disana. Rasanya tak ingin pulang. Kalau tak kerana arry harus pulang sebelum jam 9, pasti aku akan duduk lagi sampai lewat malam. Itupun kami lewat pulang kerana menunggu kenderaan yang tak sampai2. Nabil yang gila tu pun kesukaan di sana. Macam anak kecil. Asyi tak habis2 bermain dengan kucing peliharaan abg zainal, penjaga makam itu. Walaupun tak ada elektrik, rasa takut sedikit pun tak terasa. Rasa seperti duduk dirumah kampong waktu zaman aku kanak2 dahulu. Hai.....baru semalam aku disana, sudah terasa rindu di hati.
PUTERI RADIN MAS............................semoga kita akan bertemu lagi.
Labels: yg teranggun...............