Hari sabtu yang lepas aku keluar bersama sahabat ku Lela. Kami ke geylang dan makan di Hjh Maimunah. Makanan di sana sedap dan sama seperti masakan di rumah. Lauk pauk nya beraneka, mcm mak2 kita masak dulu2.
Dari sana, aku mengajak Lela ke arab street sebab aku ingin beli setanggi. Aku memang tak pernah tahu apa gunanya setanggi ini dan berapa kah harga setanggi ni yang sebenarnya. Nasib aku ajak Lela, dia memang arif benar dgn Arab Street ni. Sesuatu yang mengejutkan dan membuka mata telah berlaku semasa aku disana.
Aku ke golden landmark dan singgah di satu kedai yang penuh dengan berbagai setanggi, wangi2an, dan kemenyan. Setelah berbual dgn tuan punya kedai, aku mempelajari sesuatu yang baru. Dia menunjukkan aku buku scientific, mengenai kemenyan dan setanggi. Kajian yang di lakukan olen orang yang bijak pandai, dalam bahasa inggeris. Bau kemenyan dan setanggi ini merupakan aroma therapy, apabila di bakar ia, baunya akan meresap dan masuk ke naluri kita. Dan ia juga akan memberi kita ketenangan. Sungguh menakjubkan aku apabila dia membacakan pada ku.
Sesungguhnya org kita yang terlalu jahil ini, banyak yang terpengaruh pada kata2 sesetengah ustaz yang mengatakan bakar kemenyan , panggil jin dan setan. Sayang seribu kali sayang, kenapa kita berbangsa melayu ni terlalu cetek pemikiran dan kolot akal sehingga mudah sangat terpengaruh tanpa membuat kajian. Apa yang aku tahu, nilai setanggi ini terlalu mahal, belum lagi kayu gaharu dan cendana yang harga nya $7000 satu kg, seperti yang di beritahu tuan kedai itu pada ku.
Setanggi dan kemenyan ini adalah pakaian orang2 arab yang kaya raya. Ini lah pepatah melayu
"HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MAKNIKAM" . Kerana kemenyan juga rupanya ada yang mahal harga nya, seperti kemenyan merah dan kemenyan hitam. Dan satu lagi yang aku pelajari, kaya nya org arab ini, diukur dengan wangi2an yang dibakar. Kerana hanya mereka yang tahu berapa kah harga setanggi, kemenyan dan kayu2 ini. Mereka akan tahu hanya dengan menghidu wangi2an ini.
NIAT KITA MEMBEKAR SETANGGI DAN KEMENYAN JATUH PADA AKIDAH MASING2. Kalau setakat untuk mewangikan rumah, memang dituntut oleh islam. Kerana para malaikat dan wali2 suka pada wangi2an ini. Pertama kali aku menikmati bau setanggi, aku telah jatuh cinta. Bau nya, MASYA'ALLAH. Sayang, kocek ku belum boleh mengizinkan aku untuk mempunyai setanggi2 yang sungguh harum baunya.
Labels: yg teranggun..............
Semalam aku ke panggung wayang untuk menonton Harry Porter bersama dengan anak2 aku, anak angkat aku, dan Munah bersama izam dan ika. Kita sepatutnya pergi melihat persembahan ika di century square. Tiba2 bila nak keluar rumah, asyi msg bahawa ika dah habis buat persembahan. Terkilan betul aku nak lihat si ika yang manis tu menari dgn gaya nya seperti nak malayang tu. Agak nya...hahahaha....sry ika.
Sungguh terkilan aku. Bukan gurauan. Aku terhibur dengan cerita Harry Porter. Aku suka dgn jalan cerita dan tempat mereka membuat perfileman. Sungguh unik dan jalan cerita nya mesti banyak suspens. Dan aku gembira melihat anak2 ku semua bahagia. Rasa nya dah sekian lama hati ni kosong dengan perasaan gembira. Baru rasanya nak berputik semula perasaan ku yang kebekelangan ini amat suram. Sekeliling ku terasa sepi dan kosong.
Aku mimpikan mak dan abah berturut-turut. Aku harus kekubur hujung minggu datang ni. Insyaallah. Aku juga rindukan mereka berdua. Kalau lah mereka masih hidup, ingin aku luahkan rasa duka dihati ni pada mak. Walaupun mak orang nya tak banyak cakap bila kita meluahkan sesuatu, tapi diam nya penuh pengertian. Adakala bila aku keresahan, lepas sholat, aku akan berbicara dgn mak. Aku tau dia dengar. Aku berharap, mak akan sama2 mendoakan aku, agar beri aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ku yang agak berduri waktu ini. Jangan biarkan aku berputus asa dengan segala yang berlaku sekarang ini. Aku hanya memerlukan sedikit pengertian dari mak.
DOAKAN AKU MAK.............aku sangat-sangat memerlukan nya.Semalam adalah hari yang sangat2 menakutkan aku. Malam hari aku merasa dada ku teramat sakit. Dari dada, pinggang dan turun ke perut. Aku hampir2 fikir mungkin aku kena sakit jantung. Macam nak mati gitu. Amal belum cukup lagi. Tapi aku fikir2, ini mesti kerana cyst aku yang mungkin dah berkumpul semula. Aku pun terus telan mensus panadol. Baru lah lega dan boleh tidur. Sampai sekarang badan tak berapa sehat. Rasa nya, hari sabtu ni harus ke polyclinic untuk ultra scan. Harap2 tak begitu teruk.
Perasaan ngeri apabila dibedah belum hilang dari ingatan, walaupun dah lima tahun berlalu. Kenapa mesti aku eh..........
Tak mengapa lah. Aku harus redha dengan apa yang menjadi tulisan hidup ku. Mudah mudahan Allah lindungi aku dan keluargaku.
Labels: yang teranggun.......................