Semalam aku ke panggung wayang untuk menonton Harry Porter bersama dengan anak2 aku, anak angkat aku, dan Munah bersama izam dan ika. Kita sepatutnya pergi melihat persembahan ika di century square. Tiba2 bila nak keluar rumah, asyi msg bahawa ika dah habis buat persembahan. Terkilan betul aku nak lihat si ika yang manis tu menari dgn gaya nya seperti nak malayang tu. Agak nya...hahahaha....sry ika.
Sungguh terkilan aku. Bukan gurauan. Aku terhibur dengan cerita Harry Porter. Aku suka dgn jalan cerita dan tempat mereka membuat perfileman. Sungguh unik dan jalan cerita nya mesti banyak suspens. Dan aku gembira melihat anak2 ku semua bahagia. Rasa nya dah sekian lama hati ni kosong dengan perasaan gembira. Baru rasanya nak berputik semula perasaan ku yang kebekelangan ini amat suram. Sekeliling ku terasa sepi dan kosong.
Aku mimpikan mak dan abah berturut-turut. Aku harus kekubur hujung minggu datang ni. Insyaallah. Aku juga rindukan mereka berdua. Kalau lah mereka masih hidup, ingin aku luahkan rasa duka dihati ni pada mak. Walaupun mak orang nya tak banyak cakap bila kita meluahkan sesuatu, tapi diam nya penuh pengertian. Adakala bila aku keresahan, lepas sholat, aku akan berbicara dgn mak. Aku tau dia dengar. Aku berharap, mak akan sama2 mendoakan aku, agar beri aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ku yang agak berduri waktu ini. Jangan biarkan aku berputus asa dengan segala yang berlaku sekarang ini. Aku hanya memerlukan sedikit pengertian dari mak.
DOAKAN AKU MAK.............aku sangat-sangat memerlukan nya.