Aku ke Johor hari sabtu yang lepas, bersama Nabil, Jaja dan Bantot. Pertama kali kami ke mini kelantan menaiki bas. Kecoh beb, apa ke tak, semua orang kita bertanya tak begitu baik hati untuk menerangkan kami bas yang mana satu ke kota tinggi. Hai...akhir nya sampai juga kita ke sana. Pantat panas, perjalanan jauh, kerana bas yang kita naik gunakan jln lama.Tapi tak pah lah, ini satu pengalaman yang baru untuk ku. Lain kali senang. Kita beli kain untuk hari raya nanti. Memang murah2 kain di sana. Boleh jadi giler beb. Si Nabil pun tak padan. Shopping kalahkan pompan. Semalam, anak aku dan anak2 saudara ku dapat keputusan MT 'O' Level. Aku nervous. Hakim sms aku jam 12pm mengatakan yang dia kecewa dgn markah nya. Aku fikir dia bergurau. Aku katakan aku tak percaya. Hati aku gelisah. Fikiran tak menentu. Pulang dari ambil Haizul, aku telefon arry. Dia tak jawap. Jam 3ptg baru aku dapat panggilan dari nya. Dari suara yang sedih dia mengatakan dia dapat B4. Dia sangat2 mengharapkan A. Aku tetap bersyukur kerana dia lulus. Itu yang penting. Aku katakan pada nya masih ada lain subject lagi yang dia harus tempoh. Banyak bersabar dan tumpukan dengan lebih gigih pada mata pelajaran yang lain. Itu pesan ku. Aku hanya dapat berdoa untuk dia.Hakim datang kerumah malam nya. Dengan sedih dia mengatakan....."apa salah saya makcik. apa dosa saya. kenapa mesti saya yang gagal." Aku pujuk dia. Jgn salahkan nasib. Tanya diri kita sendiri. Cuba lagi dan terus mencuba. Jangan putus asa. Dunia belum kiamat. Dan dia masih muda untuk membuang pedang sebelum masuk gelanggang. Macam orang tak betul dia semalam. Kesian aku pada nya. Nasib bukan kita yang menentukan. Usaha dgn lebih keras lagi, kataku untuk memujuk hati nya. Mudah-mudahan dia akan lulus dlm 'N' level dia nanti. Harapan ku untuk Hakim dan Arry, semoga berjaya.
Labels: yg teranggun...............