<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8042559995429824847?origin\x3dhttp://bakawali-cempakaputih.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

puasa
Friday, September 28, 2007
Dah 2 minggu kita berpuasa, hampir nak dekat raya. Makin gelisah hati ni. Masih mengharap duit jatuh dari langit. hahahah........

Nabil juga dah hampir seminggu di Canada. Di msn hari tu, dia suruh kirim salam pada semua. Katanya di sana sejuk, dan dia tunjukkan gambar sekolah yang dia dihantar. Makkau, besar nya, macam castle cerita Harry Porter. Dia kedengaran sangat gembira. Aku harap dia bergembira sambil menuntut ilmu disana. Itu lah pepatah melayu, "tuah ayam dapat di lihat, tuah manusia siapa tahu."

Hari Sabtu ni, kita akan ke bazaar. Hari Minggu, buka rumah leha. Hari Isnin nanti, buka rumah umar. Ada tak sesiapa lagi nak jemput berbuka. Suka gitu.......wagagaga.........

KALAU BOLEH TAK NAK RAYA AH........BOLEH!!!!!
11:14 AM
Canada
Friday, September 21, 2007
Nabil datang ke rumah rabu lepas, aku panggil sebab nak tolong bikin art hakim. Lepas buka dia pun tiba. Hakim datang lambat sebab berterawih dulu. Biasa lah, kalau dah kat sini, kata nak balik, tak jadi, kata nak bangun pagi balek rumah dan pergi sekolah, pun tak jadi. Akhir nya bangun pukol 3ptg. Dah padan dgn si ary. Lepas tu kata nak pergi rumah mak cik ambil luggage bag pun tak jadi. Buka dulu kat sini, pukol 9mlm baru dia bertolak. Lekit betul kalau dah kat sini. Ada super glue gak nya.

Hari minggu, jam 4pagi baru dia bertolak ke canada. Tak da apa yang dapat aku kasi. Melainkan pesanan supaya jaga diri baik2 di negeri orang. Jgn buat tak senonoh. Dah sampai nanti masuk msn. Kasi tau. Risau juga, walaupun bukan anak sendiri. Asyi yang kecoh sangat, suruh Nabil belikan dia oleh2. Tak malu budak tu. Aku tengok si asyi manja betul dgn si Nabil. Dia panggil nabil, Habibi. wagagaga. Kalau Nabil nak balik, dia mesti tahan. Macam2 alasan. Aku dapat rasakan kemesraan antara asyi dan Nabil. Mungkin sebab Nabil pandai melayan dia. Tak macam Hakim. Hakim tak begitu pandai melayan budak. Padahal, Hakim, Nabil dan Asyi, ketiga3 anak bungsu. Mungkin kerana keadaan di rumahnya yang buat dia tak begitu betah dengan kanak2.

Mudah-mudahan, Nabil selamat pergi dan selamat kembali.
11:11 AM
Ramadhan
Thursday, September 13, 2007
Hari ini hari pertama kita menyambut ramadhan, bulan yang mulia. Hari pertama berpuasa, selalu nya mesti letih. Mesti banyak tidur...ha.ha.ha.

Semalam sahur pukol 4.00pagi. Semua bangun, seronok gitu, tapi jgn terperanjat. Hari2 akan datang belum tentu lagi. Ifa tak boleh puasa, tapi sahur juga sebab tak nak makan sampai azan maghrib. Jaja, dah sahur, bangun pagi terus uzur. Ch ch ch...kesian. Tak boleh puasa juga. Hmmmm mudah2an aku dapat berpuasa sampai habis. Syiok kan.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan semuga tekun lah kita semua berpuasa tahun ini. Tak mahu cakap pasal hari raya dulu k....stress.......

Labels:

10:58 AM
Puasa
Friday, September 7, 2007
Hai.......

Puasa dah nak dekat, ingat puasa ingat raya. Haiiii.........stress, stress, stress......

Masa zaman kanak2 aku dulu, hari yang sangat aku nanti2kan ia lah Hari Raya. Teringat aku masa tu, hidup kami memang susah. Tapi sebagai kanak2 aku memang tidak mengerti apa yang kedua orang tua aku lalui. Setiap kali Raya nak datang, mereka bergaduh, pasal duit. Baju raya kadang kita beli, bila hari tinggal satu atau dua hari nak raya. Memang sedih. Tapi kita tetap tak mengerti waktu itu kenapa.

Masih segar dalam ingatan ku, masa itu umur aku 10tahun. Kawan2 sekampung aku semua beli handbag yang tengah in betul lah raya tahun itu. Berwarna-warni, merah, kuning, hijau. Warna kegemaran aku sewaktu kecil dulu warna kuning. Hari demi hari semakin dekat nak raya aku merayu tanpa jemu supaya arwah abah belikan aku dan adik aku si temah tu beg tu. Sebab kawan2 aku semua dah beli. Abah cakap dia tak da duit. Aku tak faham, hari2 dia pulang kerja tanpa beg tu, aku akan menangis. Setiap hari aku mengharap dan terus mengharap. Akhir nya abah mengalah. Dari mana dia dapat duit tu pun aku tak tahu. Lagi dua hari nak raya aku dapat beg berwarna kuning kegemaran aku itu. Sepasang dengan si bantot. Gembira nya tak terkira. Seperti dunia ni aku yang punya.

Apa yang ingin aku luahkan sebenarnya ialah, sekarang ni aku seorang ibu. Baru lah aku mengerti. Apa sebenarnya yang arwah abah dan arwah mak alami ketika itu. Masaalah kewangan memang tak dapat di sangkal. Fikiran kusut memikirkan bagaimana nak menyukupkan anak2 6 orang tu. Pakaian baru, kuih-muih, duit zakat, juadah untuk raya pertama, ni lah sekarang yang aku pun alami juga.

Setiap kali ramadhan menjelma, Syawal akan berkunjung jua, hati ku akan gelisah memikirkan kekelutan perbelanjaan raya nanti. Semoga, tahun2 yang akan mendatang, aku tak akan rasa sebegini lagi. Insyaallah......

Mak, Abah, baru sekarang aku mengerti. Aku masih ingin memohon ampun dan maaf kerana tidak cuba memahami apa yang mak dan abah lalui waktu zaman kanak2 ku. Maafkan aku........

Labels:

1:19 PM
profile here
ASNI TAN (ASNI AHMAD)
12.02.1962
46YRS OLD (still young)
don't worry I won't stalk you
SNOBB, HYPORCRITES, SELFISH
I love:
MY CHILDREN, SUNSET, BEACHES, DOLPHINS, HORSES, CATS
  • MAK DAYANG ZAI terencat
  • DANG ANOM AM
  • AZIEputerikenet
  • IRAputeriENYA
  • ARYYputeraMAHAputera
  • JAJAputeripucukkelompang
  • IFAputerisemalu
  • SUsucyom
  • ROSE THAM
  • NABILnabelo
    March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 October 2009
    picture foto-decadent
    brushes xx
    texture x
    skin slayerette
    image font violation
    Your View

    Thank You

    Babe - Styx