Canada
Friday, September 21, 2007
Nabil datang ke rumah rabu lepas, aku panggil sebab nak tolong bikin art hakim. Lepas buka dia pun tiba. Hakim datang lambat sebab berterawih dulu. Biasa lah, kalau dah kat sini, kata nak balik, tak jadi, kata nak bangun pagi balek rumah dan pergi sekolah, pun tak jadi. Akhir nya bangun pukol 3ptg. Dah padan dgn si ary. Lepas tu kata nak pergi rumah mak cik ambil luggage bag pun tak jadi. Buka dulu kat sini, pukol 9mlm baru dia bertolak. Lekit betul kalau dah kat sini. Ada super glue gak nya. Hari minggu, jam 4pagi baru dia bertolak ke canada. Tak da apa yang dapat aku kasi. Melainkan pesanan supaya jaga diri baik2 di negeri orang. Jgn buat tak senonoh. Dah sampai nanti masuk msn. Kasi tau. Risau juga, walaupun bukan anak sendiri. Asyi yang kecoh sangat, suruh Nabil belikan dia oleh2. Tak malu budak tu. Aku tengok si asyi manja betul dgn si Nabil. Dia panggil nabil, Habibi. wagagaga. Kalau Nabil nak balik, dia mesti tahan. Macam2 alasan. Aku dapat rasakan kemesraan antara asyi dan Nabil. Mungkin sebab Nabil pandai melayan dia. Tak macam Hakim. Hakim tak begitu pandai melayan budak. Padahal, Hakim, Nabil dan Asyi, ketiga3 anak bungsu. Mungkin kerana keadaan di rumahnya yang buat dia tak begitu betah dengan kanak2. Mudah-mudahan, Nabil selamat pergi dan selamat kembali.
11:11 AM