puasa
Friday, September 28, 2007
Dah 2 minggu kita berpuasa, hampir nak dekat raya. Makin gelisah hati ni. Masih mengharap duit jatuh dari langit. hahahah........
Nabil juga dah hampir seminggu di Canada. Di msn hari tu, dia suruh kirim salam pada semua. Katanya di sana sejuk, dan dia tunjukkan gambar sekolah yang dia dihantar. Makkau, besar nya, macam castle cerita Harry Porter. Dia kedengaran sangat gembira. Aku harap dia bergembira sambil menuntut ilmu disana. Itu lah pepatah melayu, "tuah ayam dapat di lihat, tuah manusia siapa tahu."
Hari Sabtu ni, kita akan ke bazaar. Hari Minggu, buka rumah leha. Hari Isnin nanti, buka rumah umar. Ada tak sesiapa lagi nak jemput berbuka. Suka gitu.......wagagaga.........
KALAU BOLEH TAK NAK RAYA AH........BOLEH!!!!!
11:14 AM