Hari ini dah 4leko. Haigh........... Cepat betul masa berlalu.Kalau aku punya kuasa, ingin aku tarik semula waktu. Supaya aku punya sedikit masa lagi sebelum raya. Hari demi hari, tak ada apa yang aku looking forward to. Mungkin kerana masaalah yang tak ada kesudahan nya. Semalam, untuk merasakan sedikit suasana nak beraya, aku kemas bilik Jaja. Biasa lah, kalau kemas bilik dia, kalau tak makan tiga empat jam memang tak sah. Ary, Ifa dan Asyi sama2 membantu. Asyi dapat tolong sikit dah bagus tu, sekejap lagi aku tengok dia dah terbongkang depan tv. Tidur rupanya.....hai......Asalkan dia bahagia sudah lah. Kita bertiga tidur jam 2pagi. Jadi lah. Untuk menghidupkan sikit suasana hari raya katakan. Aku bersyukur mempunyai anak2 yang memahami. Seperti ary dan ifa. Mereka berdua selalu memujuk aku, "tak pa lah ma, kita kalau tak raya pun kita tak kisah." Sebenarnya aku terharu. Tapi hati emak tak akan sampai. Aku tetapkan adakan apa yang termampu untuk anak2. Aku baru belikan ary satu kemeja biru. Supaya anak2 aku tidak rasa tersingkir. Aku kuatkan semangat untuk beraya. Semoga aku diberi kelapangan untuk saat2 terakhir ini. Berikan aku kekuatan ya Allah........Sesungguhnya aku mengerti, raya adalah untuk kanak2. Berikan anak2 aku sedikit cahaya aidil fitri. Labels: yg teranggun...............