Hari ini sudah seminggu kita berhari raya. Sekejap rasa nya. Tadi si bantot ada open hse. Aku tolong lah masak apa yang patut. Meriah betul di rumah nya tadi. Aku pulang agak lewat. Kerana terlalu penat aku terus mandi dan ingin cepat2 tidur. Baru nak terlelap si Man talipon. Terus tak boleh tidur lagi. Dada sakit, bosan terus on computer. Selagi sakit nya tak hilang, selagi tu tak boleh tidur.
Aku cuba juga untuk merasakan kebahgian dan kegembiraan hari raya tahun ni. Tapi jiwa aku tetap kosong. Kerana raya tahun ini membawa banyak kenangan pahit yang tak boleh aku lupakan. Sebenarnya, nak jalan pun aku malas. Tapi demi anak2, aku cuba sedaya upaya ku agar mereka jangan merasa murung dan kecewa seperti aku. Aku bahagia melihat anak2 aku gembira. Kerana anak2 lah yang membuat aku terus pandang ke depan, aku lontarkan masaalah ku jauh saujana mata memandang.
Aku benar2 mengharapkan perubahan pada tahun hadapan. Semoga nasib ku berubah akan datang. INSYAALLAH........
Labels: yg teranggun...............