<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8042559995429824847?origin\x3dhttp://bakawali-cempakaputih.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Something to share....
Wednesday, November 28, 2007
I received this email this morning and so touch with the story.

I would luv to share it with everyone including, my children, my nieces and nephews.....

Enjoy reading.....

This story is about a man who tells how his booking an air ticket for his father, his first flight,brought emotions and made him realize that how muchwe all take for granted when it comes to our parents."My parents left for our native place on Thursday andwe went to the airport to see them off. In fact, myfather had never traveled by air before, so I justtook this opportunity to make him experience the same.

In spite of being asked to book tickets by train, Igot them tickets on Lufthansa.The moment I handed over the tickets to him, he was surprised to see that I had booked them by air. Theexcitement was very apparent on hisface, waiting for the time of travel. Just like aschool boy, he was preparing himself on that day andwe all went to the airport, right from using thetrolley for his luggage, the baggage check-in andasking for window seat and waiting restlessly for the security check-in to happen. He was thoroughlyenjoying himself and I, too, was overcome with joywatching him experience all these things.As they were about to go in for the securitycheck-in, he walked up to me with tears in his eyesand thanked me.

He became very emotional andit was not as if I had done something great but thefact that this meant a great deal to him.When he said thanks, I told him there was no need tothank me.But later, thinking about the entire incident, Ilooked back at my life.As a child how many dreams our parents have made come true. Without understanding the financialsituation, we ask for football, dresses, toys,outings, etc. Irrespective of their affordability,they have satisfied to all our needs. Did we everthink about the sacrifices they had to make toaccommodate many of our wishes?Did we ever say thanks for all that they have donefor us?

Same way, today when it comes to our children, wealways think that we should put them in a good school.Regardless of the amount of donation, we will ensurethat we will have to give the child the best, themeparks, toys, etc. But we tend to forget that ourparents have sacrificed a lot for our sake to see ushappy, so it is our responsibility to ensure thattheir dreams are realized and what they failed to seewhen they were young, it is our responsibility toensure that they experience all those and their lifeis complete.Many times, when my parents had asked me some questions, I have actually answered back withoutpatience. When my daughter asks me something, I havebeen very polite in answering. Now I realize how theywould have felt at those moments.Let us realize that old age is a second childhood andjust as we take care of our children, the sameattention and same care need to be given to ourparents and elders.

Rather than my dad saying thank you to me, I wouldwant to say sorry for making him wait so long for thissmall dream. I do realize how much he has sacrificed for my sake and I will do my best to give the best possible attention to all their wishes. Justbecause they are old does not mean that they will haveto give up everything and keep sacrificing for theirgrandchildren also. They have wishes, too."Take care of our parents.If you think this is worth reading, pls share it withothers too

Labels:

12:19 PM
Picnic
Tuesday, November 27, 2007
Minggu lepas kita semua ke pantai changi untuk meraikan hari lahir Haizul. Gembira nya aku lihat si Haizul. Lebih2 lagi bila saat membuka hadiah. Dia inginkan sangat counter strike half life. Untuk aku membelikan dia sorang memang perit, nasib baik munah nak berkongsi sama.

Bila kita sekeluarga nak membungkus hadiah untuk Haizul pun kita dah terasa kehangatan hari lahir nya nanti. Wagagaga....Excited seh mak ngah.

Basri macam biasa lah, nak belikan hadiah mahal2 dia tak mampu. Tapi hari tu di sekolah dia ada enterprenership day, (tak tahu lah kalau ejaan nya betul) dia pulang ke rumah dgn semangat dia mengatakan hadiah yang dia menangi semua ini untuk Haizul. Aku tak begitu pasti apakah mainan yang dia terima tu baru atau dah bekas pakai. aku pun ambil semua masukkan dalam kotak kasut.

Bagi aku, "its the thoughts that counts." Yang penting keikhlasan. Dari riak muka nya, terlihat kebahgian dan kegembiraan sewaktu dia berikan hadiah2 itu pada aku untuk di balut.

Tapi sayang, sampai sekarang menjadi kemarahan Jaja pada Basri kerana memberikan hadiah2 itu pada Haizul. Kata nya pada aku, "tak malu ke mama ni, kasi barang dah bekas pakai pada orang, karat lagi."

Aku rasa tak ada apa yang nak aku malukan. Basri tak mencuri, dia menang hadiah itu dengan ingatan Haizul di benak kepala nya. Kesian Basri. Sudi atau tidak yang menerima tu terserahlah, kata ku pada Jaja. Yang penting Asyi ikhlas sewaktu memberi. Bukan lah buruk sangat hadiah yang dia berikan pada Haizul. Terserah pada diri masing2 untuk meleraikan masaalah hadiah ni.

Yang pasti, kami semua gembira pada hari tu. Untuk anak2 saudara ku semua, bukan Mak ngah tak nak pergi Sentosa, tapi macam biasa lah, tentangan dari Mak Long dan Mak Tak macam biasa lah. Ada aja yang tak kena.

Satu hari nanti, Mak Ngah akan ke sentosa juga. Bagi siapa yang nak ikut, ikut lah. Bagi
siapa yang tak nak....boleh belah.........

Labels:

5:20 PM
Innalillah
Tuesday, November 20, 2007
Hari isnin aku ke tampiness mall bersama si ateng. Singgah sebentar ke isetan. Tiba2 terserempak dengan teman ku punya isteri. Normah nama nya. Aku sangat terkejut mendengar berita dari nya bahawa teman ku Sidek sudah meninggal dunia.

Kami dulu akrab. Aku, Bantot, Man, Sidek dan Lela. Kita selalu pergi melancong bersama. Memang banyak kenangan manis waktu dulu.

Berita ini banyak buat aku berfikir, betapa singkat nya hidup kita ini. Umur Sidek tak lah jauh sangat antara aku dan kakak aku. Kelmarin, berita kematian kakak Man, itu pun teman sekolah kakak aku.

Fikir punya fikir, kita pun tak tahu bila agaknya masa kita. Hidup ini memang banyak kejutan. Aku termenung memikirkan hal kakak aku. Anak2 dia masih lagi dalam persekolahan. Kalau lah umur nya tak panjang, apa akan jadi dengan anak2 dia.

Mungkin agak nya baru lah anak2 dia akan sedar, tanpa ibunya, siapa nak masakkan, siapa nak kasi duit beli baju mahal2, siapa akan bayar bill yang berlambak2. Adakah mereka baru akan sedar betapa susahnya hidup tanpa seorang ibu, yang masih hidup nya tak pernah dihargai, malah di benci dan di keji kerana mengajar sianak ke jalan yang benar.

Mungkin agaknya baru lah mereka2 ni akan tahu langit tu tinggi ke rendah. Sekarang ni memang ibu lah yang paling jahat, paling tak guna, menyusahkan hidup, meleter tak habis2, tak mahu memahami hati orang muda.

Tapi mereka lupa, kalau ibu tak ambil tahu, ibu tak menegah, apa agak nya akan jadi pada anak2. Lepas seperti burung, bebas terbang kemana sahaja. Sehingga tak tahu jalan pulang kesangkar, akhir-nya mati di tembak.

Mungkin....ya mungkin.....apa pun boleh berlaku. Tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Kalau itu kehendak tuhan. Wallahhua'lam

Labels:

11:35 PM
Satu renungan
Monday, November 19, 2007
Aku cuba pejamkan mata, tapi tak nak lelap juga mata ni. Hari dah pun pagi.

Bukan apa, aku cuba mencari dan memahami kenapa perkara begini boleh terjadi. Adakah cobaan atau memang sudah nasib.

Memang kita sebagai manusia, hidup tak akan sempurna. Tapi kita cuba juga, sebagai seorang ibu, akan melakukan yang terbaik untuk anak2. Tapi belum tentu apa yang kita lakukan akan dihargai atau diberi ucapan terima kasih.

Aku termenung sendirian mengenangkan nasib kakak aku. Aku cuma ada satu kakak, sebab aku ni anak yang kedua dalam keluarga. Apa pun yang dia lakukan untuk anak2 dia, semua nya tak pernah dihargai. Aku bukan nak memburukkan apa yang berlaku, sebab keluarga aku pun tak sempurna. Cuma aku kesian melihat kan keadaan nya.

Dia cuba sedaya upaya untuk memenangi hati anak2 dia dengan wang ringgit. Apa saja yang anak2 dia inginkan akan dia adakan, walaupun ada kala nya lambat, tapi dia akan tetap adakan. Aku faham akan isi hati dia sebagai seorang ibu, apa yang dia inginkan supaya anak2 dia menjadi anak yang tahu menghargai segala pengorbanan dia untuk mereka. Tapi sayangnya, dia selalu di salah anggap kan. Bukan ucapan terima kasih yang dia terima, malah kehampaan demi kehampaan yang dia terima.

Segala perkara yang dia cuba terapkan pada anak2 semua nya berakhir dengan mereka membuat yang sebaliknya. Hari2 dia bekerja, pulang kerumah buat kerja rumah, makan minum, pakai dan segalanya lah yang dia lakukan dan adakan, pun tak pernah mencukupi untuk mereka. Aku benar-benar simpati dengan nya.

Mungkin sekarang anak2 dia tak akan sedar dgn pengorbanan dia sebagai seorang ibu. Mungkin anak2 dia hanya akan menghargai dia apabila dia sudah menutup mata. Wallah hua'lam.

Aku berdoa semoga mereka2 ni semua, renungkan lah sejenak, hargai lah dan kasihanilah ibu mu selagai hayat nya di kandong badan. Jangan sampai segala2 nya sudah terlambat sebelum kamu semua sedar akan kesilapan kamu2 semua.

Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak perbuatan sudah tak berguna lagi. Masa tak akan kembali lagi. Ingat lah, ibu hanya seorang, kawan, kekasih atau suami boleh di cari ganti.

Renungkan lah......Penat lelah dan pengorbanan seorang ibu tak ada dua nya dalam dunia ini.

Labels:

12:24 AM
Keluhan seorang ibu
Friday, November 16, 2007
Memang susah menjadi seorang ibu.

Aku adalah seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak. Hari demi hari, anak2 aku membesar tanpa kita sedari. Kita lalui dengan bermacam -macam liku hidup nak membesarkan mereka.

Aku berfikir, sebagai seorang ibu, kita cuba sedaya upaya untuk membuat mereka gembira, adakan seberapa boleh apa yang mereka inginkan. Tapi berapa banyak lah yang boleh kita adakan dengan duit yang ada kat tangan. Kita akan merasa gembira bila kita lihat mereka gembira. Kita akan sedih bila mereka sedih.

Tapi anak2 tak pernah memahami dan tak akan memahami. Mereka akan merasa cemburu, irihati dan sakit hati sesama sendiri. Kita akan dikatakan tak adil, pilih kasih dan sebagainya.

Tahu kah mereka ni, bagaimana lagi kita nak menyenangkan hati mereka2 ni. Rasa nya, kadang2 aku ingin membelah badan aku jadi 4. Biar senang hati mereka semua. Tak payah nak bagi masa dan perhatian silih berganti. Barulah mereka boleh cakap adil. Tapi kalau dah di belah, dah tak ada nyawa. Macam mana pulak tu eh.....!!!!!wagaga

Apa pendapat ibu2 yang disana tu. Setuju..........

Labels:

1:49 PM
GHAIRAH
Tuesday, November 13, 2007
Semalam aku tengok si ary tu gelisah betul. Sebok bangat, ambil kamera ika lah, gosok baju nak gi prom lah, pakai mask lah.......Hmmmm, teruk betul orang nak gi prom night ni. Kecoh.

Aku tersadar kol 1pagi, dada teramat sakit. Tak boleh tidur. Buka pintu bilik, tengok ary tengah duduk kat dapur minum kopi, makan biskut. Aku cakap dgn dia dah tebiat apa kau ni. Nak gi prom ini mcm nya ghairah dan tension sampai tak leh tidur. Dia tersenyum macam kambing.

Ini semua mengingatkan aku zaman kanak2 aku dulu. Kita dulu tak da prom ni semua. Zaman orang miskin mana sama dgn zaman sekarang, dimana anak2 terlalu mewah, cari baju prom aja dah beratus aku rasa. Haigh......nasib.

Dulu yang ada cuma excursion atau pun picnic. Masa tu aku masih di sekolah rendah, kami dibawa berkelah ke punggol. Gembira nya setengah gila. Arwah mak belikan aku satu epal hijau dengan keropok satu paket. Eh eh......sampai tak tidur malam kerana terlalu gembira. Lambat nya besok nak sampai. Ghairah gilerrrrr nya.

Aku tersenyum sendiri mengenangkan ini semua. Kini aku rasa, ary pun rasa sama seperti aku dulu. Cuma bezanya kita gi berkelah, belum prom lagi...wagaga!!!!!

Labels:

2:19 PM
Melawat & Birthday
Wednesday, November 7, 2007
Semalam aku pergi melawat ke pusara abadi. Yang meninggal tu ialah kawan ku punya kakak. Memang sedih sekali melihat keadaan mayat si mati. Ia nya banyak membuat aku berfikir, balasan tuhan itu tidak menunggu sehingga kita di masukkan ke liang lahat. Sejarah hidup nya si arwah ni, banyak melukakan hati ibunya, tidak menghormati dan terlalu berkira walau sesen pun pada ibu nya. Ya Allah, jauhkan bala seperti pada keluarga ku. Semuga kita semua akan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.



Satu lagi perkara, mayat nya sampai dari KL ke Singapura mengambil masa yang agak lama. Sampai ke pusara hampir maghrib. Dalam kita bertafakur mendengar talkin, maghrib pun menjelang. Aneh sungguh, sampai nya maghrib, bau yang busuk pun mula bangkit. Sangat kuat bau nya. Aku fikir pada mulanya hanya perasaan aku, rupa nya si bantot dan aryy pun sama2 menghidu bau itu. Baru lah aku faham kenapa Islam melarang kita pergi ke kubur pada malam hari. Mcm2 perkara yang tak harus kita ketahui.



Semalam kita menyambut hari lahir Hakim tercepat. Sebab dia sekarang dah bekerja, Hari Lahir yang sebenar dia bekerja full shift. Kesiaannn.......
2:47 PM
profile here
ASNI TAN (ASNI AHMAD)
12.02.1962
46YRS OLD (still young)
don't worry I won't stalk you
SNOBB, HYPORCRITES, SELFISH
I love:
MY CHILDREN, SUNSET, BEACHES, DOLPHINS, HORSES, CATS
  • MAK DAYANG ZAI terencat
  • DANG ANOM AM
  • AZIEputerikenet
  • IRAputeriENYA
  • ARYYputeraMAHAputera
  • JAJAputeripucukkelompang
  • IFAputerisemalu
  • SUsucyom
  • ROSE THAM
  • NABILnabelo
    March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 October 2009
    picture foto-decadent
    brushes xx
    texture x
    skin slayerette
    image font violation
    Your View

    Thank You

    Babe - Styx