Semalam aku tengok si ary tu gelisah betul. Sebok bangat, ambil kamera ika lah, gosok baju nak gi prom lah, pakai mask lah.......Hmmmm, teruk betul orang nak gi prom night ni. Kecoh.
Aku tersadar kol 1pagi, dada teramat sakit. Tak boleh tidur. Buka pintu bilik, tengok ary tengah duduk kat dapur minum kopi, makan biskut. Aku cakap dgn dia dah tebiat apa kau ni. Nak gi prom ini mcm nya ghairah dan tension sampai tak leh tidur. Dia tersenyum macam kambing.
Ini semua mengingatkan aku zaman kanak2 aku dulu. Kita dulu tak da prom ni semua. Zaman orang miskin mana sama dgn zaman sekarang, dimana anak2 terlalu mewah, cari baju prom aja dah beratus aku rasa. Haigh......nasib.
Dulu yang ada cuma excursion atau pun picnic. Masa tu aku masih di sekolah rendah, kami dibawa berkelah ke punggol. Gembira nya setengah gila. Arwah mak belikan aku satu epal hijau dengan keropok satu paket. Eh eh......sampai tak tidur malam kerana terlalu gembira. Lambat nya besok nak sampai. Ghairah gilerrrrr nya.
Aku tersenyum sendiri mengenangkan ini semua. Kini aku rasa, ary pun rasa sama seperti aku dulu. Cuma bezanya kita gi berkelah, belum prom lagi...wagaga!!!!!
Labels: yg teranggun...............