Hari isnin aku ke tampiness mall bersama si ateng. Singgah sebentar ke isetan. Tiba2 terserempak dengan teman ku punya isteri. Normah nama nya. Aku sangat terkejut mendengar berita dari nya bahawa teman ku Sidek sudah meninggal dunia.
Kami dulu akrab. Aku, Bantot, Man, Sidek dan Lela. Kita selalu pergi melancong bersama. Memang banyak kenangan manis waktu dulu.
Berita ini banyak buat aku berfikir, betapa singkat nya hidup kita ini. Umur Sidek tak lah jauh sangat antara aku dan kakak aku. Kelmarin, berita kematian kakak Man, itu pun teman sekolah kakak aku.
Fikir punya fikir, kita pun tak tahu bila agaknya masa kita. Hidup ini memang banyak kejutan. Aku termenung memikirkan hal kakak aku. Anak2 dia masih lagi dalam persekolahan. Kalau lah umur nya tak panjang, apa akan jadi dengan anak2 dia.
Mungkin agak nya baru lah anak2 dia akan sedar, tanpa ibunya, siapa nak masakkan, siapa nak kasi duit beli baju mahal2, siapa akan bayar bill yang berlambak2. Adakah mereka baru akan sedar betapa susahnya hidup tanpa seorang ibu, yang masih hidup nya tak pernah dihargai, malah di benci dan di keji kerana mengajar sianak ke jalan yang benar.
Mungkin agaknya baru lah mereka2 ni akan tahu langit tu tinggi ke rendah. Sekarang ni memang ibu lah yang paling jahat, paling tak guna, menyusahkan hidup, meleter tak habis2, tak mahu memahami hati orang muda.
Tapi mereka lupa, kalau ibu tak ambil tahu, ibu tak menegah, apa agak nya akan jadi pada anak2. Lepas seperti burung, bebas terbang kemana sahaja. Sehingga tak tahu jalan pulang kesangkar, akhir-nya mati di tembak.
Mungkin....ya mungkin.....apa pun boleh berlaku. Tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Kalau itu kehendak tuhan. Wallahhua'lam
Labels: yg teranggun...............