Minggu lepas kita semua ke pantai changi untuk meraikan hari lahir Haizul. Gembira nya aku lihat si Haizul. Lebih2 lagi bila saat membuka hadiah. Dia inginkan sangat counter strike half life. Untuk aku membelikan dia sorang memang perit, nasib baik munah nak berkongsi sama.
Bila kita sekeluarga nak membungkus hadiah untuk Haizul pun kita dah terasa kehangatan hari lahir nya nanti. Wagagaga....Excited seh mak ngah. Basri macam biasa lah, nak belikan hadiah mahal2 dia tak mampu. Tapi hari tu di sekolah dia ada enterprenership day, (tak tahu lah kalau ejaan nya betul) dia pulang ke rumah dgn semangat dia mengatakan hadiah yang dia menangi semua ini untuk Haizul. Aku tak begitu pasti apakah mainan yang dia terima tu baru atau dah bekas pakai. aku pun ambil semua masukkan dalam kotak kasut.
Bagi aku, "its the thoughts that counts." Yang penting keikhlasan. Dari riak muka nya, terlihat kebahgian dan kegembiraan sewaktu dia berikan hadiah2 itu pada aku untuk di balut.
Tapi sayang, sampai sekarang menjadi kemarahan Jaja pada Basri kerana memberikan hadiah2 itu pada Haizul. Kata nya pada aku, "tak malu ke mama ni, kasi barang dah bekas pakai pada orang, karat lagi."
Aku rasa tak ada apa yang nak aku malukan. Basri tak mencuri, dia menang hadiah itu dengan ingatan Haizul di benak kepala nya. Kesian Basri. Sudi atau tidak yang menerima tu terserahlah, kata ku pada Jaja. Yang penting Asyi ikhlas sewaktu memberi. Bukan lah buruk sangat hadiah yang dia berikan pada Haizul. Terserah pada diri masing2 untuk meleraikan masaalah hadiah ni.
Yang pasti, kami semua gembira pada hari tu. Untuk anak2 saudara ku semua, bukan Mak ngah tak nak pergi Sentosa, tapi macam biasa lah, tentangan dari Mak Long dan Mak Tak macam biasa lah. Ada aja yang tak kena.
Satu hari nanti, Mak Ngah akan ke sentosa juga. Bagi siapa yang nak ikut, ikut lah. Bagi siapa yang tak nak....boleh belah.........Labels: yg teranggun...............