Begitu cepat masa berlalu. Selamat tinggal 2007 dan selamat datang 2008. Terlalu banyak kenangan pahit dan sedih yang aku lalui pada tahun 2007. Tak ada ruang yang ingin aku coretkan tentang apa yang telah berlaku. Terlalu banyak and too full of sad memories.
Semalam aku ke hostipal melawat mak rosli. Kesian aku pada nya. Hati aku sayu memandang nya. Ia banyak mengimbas kembali semasa mak aku di hostipal beberapa tahun dahulu kerana di serang cancer. Ya tuhan, kasihani lah dia. Jangan biarkan dia terus menderita.
Aku mendapat berita buruk lagi semalam. Teman yang selalu bermain scrabble dulu bersama ku bernama June telah meninggal dunia. Juga kerana cancer.
Hidup terlalu singkat. Berapa lama lagi kah akan aku dapat bersama dengan orang2 yang aku sayangi, wallahhualam.
Harapan aku, semoga tahun 2008 akan merubah semula hidup ku. Biarlah ia datang dan bawa bersama kegembiraan, kesihatan, ketenangan dan sedikit kesenangan.
Harapan ku, agar anak2 aku dan anak2 sedara ku, membawa sinar dan membuat senyuman yang akan senantiasa terukir dibibir ku.
Harapan ku, biarlah dunia menjadi aman, hentikan lah pergaduhan dan peperangan yang hanya akan membawa musibah.
Harapan ku...........Labels: yg teranggun...............