Aku masih ingat lagi cerita yang pernah di ceritakan pada aku sewaktu 20tahun dahulu.
Al kisah matahari dan angin.
Ada seorang lelaki berjalan memakai baju yang tebal kerana hari yang sangat sejuk. Maka sang angin berkata pada sang matahari, bagaimana kalau kita berdua lawan siapa yang dapat buka baju yang di pakai oleh si lelaki tu. Matahari pun setuju dan menyuruh sang angin yang memulakan dulu.
Sang angin pun dgn gah dan angkuh nya menghembus and meniup tanpa berhenti, sekuat-kuat nya dgn harapan jaket tebal itu akan melayang dgn tiupan angin yang begitu kencang. Sayang nya semakin kuat tiupan sang angin semakin kemas dan ketat jaket itu di tarik oleh si lelaki itu kerana tak tahan dgn kesejukan yang begitu menyengat.
Akhir nya sang angin yang angkuh itu pun mengalah dan dengan sinis menyuruh sang matahari mencuba nasib nya. Dengan senyum nya sang matahari menyinarkan sinaran nya yang hangat dan terus menjadi panas. Si lelaki itu pun membuka jaket nya dengan senang hati kerana cuaca sudah berubah dari sejuk menjadi panas dan dia sudah tak memerlukan jaket itu lagi.
Memang itu lah lumrah nya kita manusia ini. Adakala nya masaalah tidak akan dapat kita selesaikan dengan kekasaran dan paksaan. Hanya dengan fahaman, pengertian, cuba memahami itu lah yang penting. Sifat amarah adalah sifat nya iblis. Sifat lawama adalah sifat nya yang lembut dan halus. Semua manusia membuat kesilapan, jgn lah kita tutup mata hati kita dengan perasaan marah yang tak da putus nya. Renungkanlah, di mana kesilapan kita juga. Sesungguh nya selagi kita di namakan manusia, salah dan silap tidak akan lekang dari kehidupan kita.
Labels: hati kudus






