February pun dah menjelang tiba. Ehem ehem. Faham faham lah ya.....
January telah berlalu dgn berita-berita yang mengejutkan. Berita kematian, berita melahirkan, oooiiiii banyak betul.
Minggu lepas, aku kerumah mak saudara ku kerana mengawinkan anak dia. Mcm biasa lah, kalau aku dicabar suruh berkaraoke, kalau kena tempat nya mesti aku langgar punya. Ini kali, aku ajak arry sekali nyani bersama. Hampir2 nak mainkan dia, tak sampai hati aku pun nyanyi bersama. We're having fun that day for sure.
Tapi kegembiraan tu tak lama. Malam terima berita, mak rosli meninggal. Berita sedih pula mendatang.
Pergi lah melawat aku malam tu bersama adik beradik yang lain. Pulang dari sana, aku terfikir, kalau lah aku yang mati, mcm mana. Siapa nak bacakan aku yasin. Anak yang mana akan duduk disebelah ku sambil membaca yasin. Dan malam tu aku luahkan isi hati dgn ary. Kalau tak nak belajar ngaji, mcm mana nak bacakan yasin. aku suruh dia cari dimasjid mana yang ada mengajar ngaji serta sembahyang mayat. Alangkah sedih nya kalau anak2 sendiri tak da satu pun yang tau. Siapa yang uruskan jenazah aku nanti.
Belum tahu berapa lama lagikah hayat di kandung badan. Mati tak menunggu waktu. Sampai waktu pergi mesti pergi punya.
Nabil dtg ke rumah semalam. Dia berikan aku duit $100. Aku tanya untuk apa. Dia kata tanda terima kasih kerana izinkan dia selalu bermain, makan dan tidur di rumah aku. Aku beritahu dia aku tak minta. Tapi kalau kau betul ikhlas aku terima. Dia cakap itu pun tak memadai. Tak apa lah. Yang penting, anak2 aku happy together. Walaupun yang satu tu dah bawa diri. Kerana tak layak nak bergaul dgn kita2 ni. Maklum lah dia dah kaya, dah ada tunang, dah nak ambil 'O' level. Jadi......sebok sangat. Semoga dia bahagia dgn tunang dan keluarga.