<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8042559995429824847?origin\x3dhttp://bakawali-cempakaputih.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Friday, May 2, 2008

WARKAH BUAT MAK DAN ABAH

Mak, Abah

Semasa kita semua dibawah satu bumbung bersama dgn adik-beradik yang lain, aku akui mmg sifat cemburu memang timbul di antara kita semua.

Tapi belum sekalipun aku menjerit atau menjawap apabila api kemarahan meluap2 terhadap aku.

Mak, Abah

Maafkan aku kerana mempunyai perasaan sebegini. Aku mengaku kini, semenjak umur semakin senja, di masa silam, aku banyak salah faham terhadap mak dan abah. Kalau aku boleh pusingkan waktu, ingin aku curahkan dan balas kasih sayang mak dan abah seberapa yang aku termampu.

Mak, Abah

Aku sering bertanya dulu kenapa abah selalu marah kalau aku pulang lewat hingga ke jam 10mlm. Aku tak tahu betapa risau nya hati mak dan abah takut kalau2 ada perkara buruk yang terjadi diluar sana. Selagi tak lihat batang hidung anak, mak dan abah takkan tenang.

Mak, Abah

Masih ingat lagi kan cucu kesayangan mak dan abah. Telah puas aku cuba mendidik dia dgn jalan yang benar tapi aku di tuduh kolot. Aku dah lupa sekarang tahun 2008. Apa yang aku inginkan supaya dia juga satu hari nanti akan rasa apa yang aku rasakan sekarang. Keluar malam pulang pagi adalah perkara yang tidak salah bagi nya. Malahan aku dituduh pilih kasih. Apakah wajar anak gadis lakukan perkara sebegini. Aku tahu, mak dan abah pun tak setuju. Mungkin ini sebab nya Allah telah mengambil nyawa mak dan abah sebelum cucu-cucu mak dan abah membesar. Lebih-lebih lagi cucu yang paling mak dan abah sayangi. Mereka telah lupa diri.

Mak, Abah

Begitu sayang nya mak dan abah dengan kita semua, begitu juga sayang nya aku terhadap anak2 aku. Tapi sayangnya aku selalu di salah mengertikan tujuan baik aku untuk mendidik nya. Mak, Abah....sekiranya diberi peluang untuk sesaat sekalipun supaya dapat berjumpa kami sekarang ini, aku pohon mak dan abah jumpa lah dia dan nasihatkanlah dia akan kita orang islam. Adat2 dan hukum islam. Telah aku cuba berbagai cara, tak ada satu pun yang di turuti.

Mak, Abah

Setiap kali aku sholat, belum pernah aku lupa mendoakan untuk anak2 aku semua, supaya mereka akan menjadi anak yang baik, taat pada agama, turut perintah agama, hormat pada ibupada, dan mendapat jodoh dengan pasangan yang beragama islam, turut perintah islam dan sefahaman. Dan telah puas aku kaji, aku pohon mak dan abah, sama2 lah doa bersama ku supaya jaja akan mendapat jodoh dengan lelaki yang boleh mendidik dia ke jalan yang benar. Dan aku percaya, hanya botak saja lah yang boleh lakukan ini semua. Dao kan lah mak dan abah. Kerana aku tahu dia tak akan dengar cakap aku. Sebab aku bukan seorang ibu yang dia sayangi.

Mak, Abah

Baru kini aku mengerti betapa susah nya menjadi seorang ibu. Aku pohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kuku kerana semasa hidup nya mak dan abah, aku tak berpeluang untuk menunjukkan dan buktikan kasih sayang ku pada mak dan abah.

Sekali lagi aku pohon ampun mak dan abah dan ku pohon restu dari mu, mak dan abah....

MAAF KAN LAH AKU.

Labels:

3:55 PM
profile here
ASNI TAN (ASNI AHMAD)
12.02.1962
46YRS OLD (still young)
don't worry I won't stalk you
SNOBB, HYPORCRITES, SELFISH
I love:
MY CHILDREN, SUNSET, BEACHES, DOLPHINS, HORSES, CATS
  • MAK DAYANG ZAI terencat
  • DANG ANOM AM
  • AZIEputerikenet
  • IRAputeriENYA
  • ARYYputeraMAHAputera
  • JAJAputeripucukkelompang
  • IFAputerisemalu
  • SUsucyom
  • ROSE THAM
  • NABILnabelo
    March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 October 2009
    picture foto-decadent
    brushes xx
    texture x
    skin slayerette
    image font violation
    Your View

    Thank You

    Babe - Styx