Aku bukan nya tuhan, ahli nujum atau fortune teller. Memang beberapa bulan kebelakangan ini aku selalu terasa, berapa lamakah aku boleh hidup di dunia ni. Tak tahu kenapa ia nya selalu bermain di benak kepala ku. Aku tak ada jawapan. Aku selalu terasa sangat lemah pada masa2 tertentu. Aku rasa ada yang tak kena pada tubuh badan ku ini. Tapi siapa yang boleh mengesahkan apa yang aku rasa. Dan akhir2 ini, aku rasa dalam adik-beradik ku enam orang ni, aku lah orang yang pertama akan pergi dulu.
Jangan salah faham. Bukan aku minta simpati atau belas kasihan pada sesiapa pun. Walaupun anak2 aku sendiri. Tapi perasaan ini sudah sekian lama bergolak di jiwi aku ni.
Semalam aku bawa arry ke klinik, chinese physician. Somehow or rather, I know these people are good. But to get a good one is another story. One chinese friend of mind recommend me. Mula nya kerana aku sangat susah hati dengan sakit telinga arry. Biar aku yang sakit tak pa, kalau anak2, hati aku tak pernah tenang. Walaupun aku bijak menyembunyikan perasaan ku., aku tetap akan resah. Kakak aku si munah tu ikut. Dia sarankan supaya aku pun check aku nya whole body. That lady is really good. She check our pulse, like mcm cerita jewel in the palace, tapi melalui telinga.
Aku tak begitu terperanjat, seperti yang aku katakan, aku dah lama dapat rasakan ada yang tak kena tentang diri aku. Thiis is what she said after she has done the thorough check-up.
1) My right kidney is bad. 2) I sometimes feel numbness. (true) 3) My blood flow from up to down is good but to go up again is very weak. (true) 4) My womb is dropping. 5) My heart is weak. (true) 6) My urine have lots of protein. (true) and few more. And she warn me not to carry heavy things.
Aku redha, sesungguhnya ini adalah qada dan qadhar dari Allah. Cuma satu aku pinta dari mu ya Allah, kalau kau ingin ambil aku kembali pada mu, biarlah anak-anak aku semua dah dewasa dan dah pandai jaga diri sendri dan cari rezki sendiri. Kerana suami aku tak pandai mcm mana nak jaga anak2. Bukan apa, agar aku pulang kepada mu dengan tenang. Hanya ini lah satu pinta ku. Walaupun aku tau, ada yang gembira bila aku dah tak ada. Tak ada siapa nak marah, nak ambil tahu bila nak balek, keluar dgn siapa, jgn buat benda tak senonoh kat luar, kenapa tak balek, dah pukol berapa dan mcm2 lagi.
Masa muda aku, kata2 lagi ini selalu menyusuk jiwa ku, rupa nya ia membawa banyak makna apabila aku lalui liku2 hidup yang semakin senja.
Here it goes.......
berarak mendung kelabu
mengekori langkah ku
ku cuba dan terus mencuba mencapai suria
walau membakar jiwa walau aku dihina
derita oh derita engkau dimana2
walau pun jauh aku lari maupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
hidup ku tanpa arah bagaikan layang2 terputus tali nya
Labels: hati kudus






