
Selepas kubur mak, kita ke kubur Abah. Kita bersungguh-sungguh menebas lalang and rumput yang sudah tinggi. Kita bawa bersama cangkul peninggalan arwah abah. Sebok Seron sedang menyangkul, sebok Haizul minta cangkul dari Seron, konon nya dia pun mesti nak buat juga. Seron tak kasi, dia merajuk. Dengan muncung dia yang panjang sambil menjeling. Hahahaha. In the end of course bapa dia mengalah. Aku ngeri juga tengok dia menyangkol. Tapi apa nak buat, kata dia kata dia juga.

Aku pulang ke rumah jam 2.30ptg. Arry dah keluar gi Nike 10km race. Malam bila dia pulang aku cakap, lain kali kalau kita pergi kubur, all the guys must follow. Penat tau kita pompan2 ni. Yang laki2 semua besarkan buah. Nasib pasal dia nak gi lari, kalau tak mesti kena jerit punya. Well, anyway, setiap kali pulang dari kubur, hati aku akan rasa puas gitu, kerana dapat membersihkan tempat persemadian mak dan abah. Semoga mereka berdua berada ditempat orang2 yang beriman. Dan mendapat tempat yang istimewa di sana.
Baru pulang dari kubur, Arsyi dah tanya lepas raya kita pergi lagi eh. I said yes. Memang dah jadi lumrah. Lepas raya kita pasti berkunjung ke tempat persemadian mak dan abah.
Labels: hati kudus






