<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8042559995429824847?origin\x3dhttp://bakawali-cempakaputih.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, May 27, 2009
Went to Mohd House last Sunday. He just came back a week ago from open heart surgery. I was feeling so sad inside. But I never show it to him. Kurus dia. Sama seperti waktu bujang dia dulu. He look so weak and in pain. He shows me the scar from his right leg up to his thigh. It is so long and scary. That is where they took his main veins to joint it to his heart.

The chemistry that we both have is hard to explain. I feel like he is replacing my lost brother. We can communicate well and we can share lots of things. To see him like this, at the age of 46. My god, how life is too short. Kalau orang putih kata life starts at 40, but zaman skrg i think life goes down from 40. Well, maybe........

Kehidupan dia tak ubah seperti dah jatuh di timpa tangga, kena langgar stembrol lagi...... (kata orang dulu2)

I dream of my mum last monday. I'm so elated. It's hard to get her come to my dream. Tak tahu apa makna mimpi ni. She usually don't talk in my dream. Dia basuh kan selimut aku pakai tangan. I told her not to. She will be very tired. But in the dream, she don't listen and just carry on what she was doing. God damn it....I miss her.

Labels:

2:01 PM
Wednesday, May 13, 2009
WALAUPUN AKU DAH LAMA TAK BERIBU, TAPI BILA AKU TERBACA ARTIKEL INI, INGATAN AKU PADA NYA MASIH SEGAR, SEOLAH-OLAH BARU SEMALAM DIA PERGI.

I WANT TO SHARE THIS ARTICLE WHICH I FOUND WHEN I BROWSE THROUGH MY MULTIPLY......ENJOY




IBUKU SEORANG PEMBOHONG

Renungan kita bersama..
*****************************************************************
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita dihadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja dirumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyumanbiarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
1:43 PM
Monday, May 11, 2009
Mother's Day datang lagi semalam. Tahun ni, there's no celebration or eating out like last year. But when I reach home, I found a card and a novel on my table. It's from Arry, Arsyi and Ifa.

And on sunday afternoon, Jaja gave me Kenny G CD with a card.

This is what Jaja say,

My Love,
We can't cheers this year to us...cause we don't receive a blessful beginning.....
But with all thanks to your strength, perseverance we manage to go strong.
Thank You.
I luv u.
My mighty mother. =)

This msg is from Arry,

You are the best mother anyone would die to have. You mean the world to me. I LOVE YOU with all my heart and soul.

This msg is from Ifa,

Happy mother's day Mama. I know that sometimes I do and say stuff that I don't mean. But deep down, I LOVE YOU and really hope that you really live life to the fullest and don't let that laughter of yours fade.

This is from Arsyi,

Happy Mother's Day Mama,
I know sometimes I hurt you with my words and action and yes I know nobody is perfect in the world, but we all must learn to understand each other and I just do not have the chance to express myself to you or have a long talk with you but deep down, I LOVE YOU and I really hope we can understand each other alot better.

Well I can say it is a simple celebration for mother's day, but their words do make me laugh and cry at the same time. How I wish that all this would never change till the day I die. If only.........

BUT, THANKS ANYWAY TO ALL MY CHILDREN. I LUV U ALL WITH MY UTMOST SINCERITY

Labels:

4:40 PM
Wednesday, May 6, 2009


These two pictures shows how Arsyi mandikan si Aduka baik betul dia. Diam tak bergerak2. Relax lagi. Kelakar betul si hitam aku ni. Tak da sapa yang brani mandikan dia melainkan Arsyi. Hari2 Arsyi mesti cium pergi cium balek si gemuk aku ni.

Tadi dia balek sekolah, depan pintu tersengih2 tunjukkan aku mainan aduka yang dia baru beli. Untung betul si gemuk tu dapat tuan macam si kurus ni.......wakaka

Semalam aku ke eastpoint with Arsyi. Dia kata duit birthday nak beli badminton racket. Finally he bought one yesterday. The colour is similar to Izam's racquet Dia kata senang nanti main badminton tak gaduh dgn Abang dia pasal racket. Always looking forward to our badminton session. We do workout and sweat it out. Luv it.

Labels:

1:11 PM
profile here
ASNI TAN (ASNI AHMAD)
12.02.1962
46YRS OLD (still young)
don't worry I won't stalk you
SNOBB, HYPORCRITES, SELFISH
I love:
MY CHILDREN, SUNSET, BEACHES, DOLPHINS, HORSES, CATS
  • MAK DAYANG ZAI terencat
  • DANG ANOM AM
  • AZIEputerikenet
  • IRAputeriENYA
  • ARYYputeraMAHAputera
  • JAJAputeripucukkelompang
  • IFAputerisemalu
  • SUsucyom
  • ROSE THAM
  • NABILnabelo
    March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 October 2009
    picture foto-decadent
    brushes xx
    texture x
    skin slayerette
    image font violation
    Your View

    Thank You

    Babe - Styx